Sunday, April 4, 2010

SaHabAt

Huh....salam....

We have many friends right?Is it your friends are someone, when you're sad, they'll be there for you?Today, I've some advices or guideline, how to have better friends..Let's read it..(n_n)


Beberapa nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah kepada anaknya :-


Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau dia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan. (menyebutnya)

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menhulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika dia mengetahui  kebaikan dirimu, dia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti dia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankan beban mu, serta menghiburkan dirimu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, dia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat, dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Kesimpulannya, dalam memilih sahabat, kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat  dan hasrat kita untuk berjaya dalam apa-apa bidang dapat dicapai.

Wallahua'lam

Thursday, April 1, 2010

Diam

Salam...(n_n)/

Today, I don't want to have my lunch, because I am alone,huhuhu..xmau makan sowg2...
What I want is, to convey some messages or stories to you all...jadikn renungan..huhuhu
Let's read it...


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat, bicara yang menyakitkan hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah S.W.T.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia. Antara hikmah diam ialah :-

  • Sebagai ibadah tanpa bersusah-payah
  • Perhiasan tanpa berhias
  • Kehebatan tanpa kerajaan
  • Benteng tanpa pagar
  • Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
  • Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
  • Menutupi segala aib

Antara Hadis-hadis mengenai kelebihan diam..

  • "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)
  • "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • "Barangsiapa diam, maka dia terlepas dari bahaya" (Riwayat At-Tarmizi)

Madah dari Hukama :

  • Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu adlah buah fikiran, orang cerdik yang pendiam adalah lebih baik daripada orang bodoh yang banyak cakap.
  • Menasihati orang yang bersalah, tidak salah, yang salah..memikirkan kesalahan orang lain..
  • Kalau orang menghina kita, bukan kita yang terhina, yang sebenarnya, orang itu menghina dirinya sendiri

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia...

Wallahua'lam...=)

Labels