Monday, September 27, 2010

Kepenatan

Hari Ahad adalah hari yg memenatkan, agak letih, tapi sebagai lelaki luar biasa (ceeeewwwaaahhhh), saya menganggap itu sebagai suatu yang biasa. Semua orang akan penat, even die terperap dalam bilik jek, tak pi mana-mana. Bermula seawal 8 pagi saya telah bertolak ke Hutan Lipur Berkelah. Program ini telah dianjurkan oleh batch 2nd year, brothers biomedical science, katanya untuk mengeratkan ukhuwah sesame kita. Pada mulanya memang tak mau pi, sbb on the same day, rase nak pi Writing Skills, tapi bila keadaan telah memaksa, pergi la jugak..

Kami semua pergi ke sana dengan menaiki 6 buah kereta, semua kereta mahal-mahal lak tu, 2 buah kereta Neo, sebuah Saga SE, Kelisa dan Kancil. Sampai di sana dalam kul 8 pagi. Giler sejuk..tapi perjalanan nak ke air terjun, pergh…giler jaoh..nak kena merempuhi lopak-lopak air..lubang..naseb bek jadi penumpang. Huhuhu. Sampai jek sana, pe lagi, terjun dalam air la…huhuhuhu..mula-mula kat tempat yang cetek, then pi tempat yang dalam giler..naseb bek ad bwk life jacket, terapung la jgk even berada kat tempat yang agak dalam.. terjun ala-ala perenang Negara!!hahahaa

After that, kami buat BBQ, makan ayam, nyam2….yang paling best terjun kat tempat yang dalam..huhuhu…dalam kul 2, me and the geng bertolak p rumah En Misuari, die ada buat rumah terbuka..yang menyebabkan saya datang ke sana sebab die kata die da order 500 cucuk sate.. pe lagi..terpaksa la datang..kui3..da sampai rumah die, banyak giler makan,mi goring ada..nasi impit..sate..kuih..kenyang giler….huhuhu.

Da kenyang, kami pun balik la asrama, terlentang kat atas katil. Tengah-tengah relax tu, tanye la member sorang nih..macam mana dengan Writing Skills tu..then die jwb "tak payah pi pun takpe", so dengar jek macam tu..lega la saya…huhuh..so, hilangla rase penyesalan tak pi seminar tu..malah rse bertuah sebab dapat pi berkelah.keh3…ok..sampai sini jek..assalamualaikum.

Saturday, September 25, 2010

Adoi!!

Adoi....sakit kepala....huh, sakit ini adalah disebabkan terlampau

banyak sangat berfikir..huhuhu..yela..nak buat assingment,

kena la berfikir, kalo tak, tak jadi buat assingment tu..

naseb bek beberapa assingment and lab report da nak siap..fuh..

baju-baju pun da basuh, senang sikit keje...tak la beban sangat...

esok hari ahad, budak-budak nie ajak pi BERKELAH, terasa malas nak pi, nanti kalo balik dari

sana, konfem penat giler..so saya decide malas nak pi...sebab banyak benda nak kena study,

saya tak mau jadi macam yang lepas,perghhh....perit giler...boleh masuk ICU

ma...heheheh..biasa la....macam ni la kehidupan sebagai seorang pelajar, kena buat keje...

kalo cikgu, kena mengajar, betol tak? semua ad role masing-masing..apa-apa pun yang

berlaku, kena la bersabar.."tiada suatu pun pemberian yang lebih baik dari Allah melainkan

sifat sabar", ingat tu ye...rasa nak tido..tapi malas..kang kalo tido, kang ter over pulak,

xsempat nak pi men bola or jog kt taman tasik bandar tuu....bersenam la ye anda semua,

kalau tak bersenam, tak sihat..bukan tak sihat, sihat, tapi kesihatan anda adalah tahap

normal...cuba buat sesuatu yang luar biase, ceeeewwaahh...berjalan tu pun da kira senaman

tau..kalo orang normal heart beat mereka 70 till 80, kalo orang yang bersenam maybe 100
beats kot....huhuhu..

terik betol petang hari ini...banyakkan minum air....cuaca kat luar sangat-sangat panas...

boleh jadi you all pon boleh pengsan...bawa la air pi kelas...jangan pulak bawa teh tarik

ke...nescafe panas..seelok-eloknya, bawala air masak...tu lagi bagus..huh..ok la...sampai sini jek la perkongsian saya dengan anda semua..nanti saya share lagi..assalamualaikum...

Thursday, September 23, 2010

Jangan Jadi Macam Saya

Tanggal 22 September boleh dikatakan mcam-macam yang terjadi pada diri seorang insan kerdil ini. Apa la nak jadi dengan insan ini. Kebetulan pada hari itu ada peperiksaan, da la tak fully prepared, boleh pulak tertinggal pensil dekat hostel. Tertekan giler la macam ni. Tu la…lain kali..study la awal-awal, da nak exam, nk menyesal tak guna. Jawab la jugak exam tu, tapi dengan rasa lemah dan tidak ada keyakinan nak jawab, even soalan tu amat senang sekali. Menyesal sungguh!!

After jawab exam, balik hostel, dan bebanan kerja semakin bertambah. Dengan lab report tak buat lagi, result experiment entah ke mana, berserabut kepala otak! Tapi diri ini terus bertekad even terasa sangat membebankan, buat la jugak. Otak di perah bagai nak gila memikirkan macam mana la nak buat lab report ni...adakala nye rasa macam nak give up, even dalam keadaan tertekan, kena la jugak saya memaksa diri. Kalau la orang sekeliling dapat tahu, maybe mereka akan berasa kasihan. Tapi kepedihan yang terasa dalam hati ini tidak lah di rasai oleh orang lain, bahkan menunjukkan rasa biasa dan gembira, bahkan kelakar di riak muka wajah.

Pada pukul 2 petang, saya pun bergegas ke lab. Dengan keadaan lab report yang tak print lagi, baju konyot, nampak selekeh benar la. Apa la nak jadi dengan saya ni kan. Dalam lab terasa diri ini sungguh jahil, tak tahu nak buat apa kat sana, kadang-kadang ambil barang pun silap. Tu pun nasib baik lab assistant yang tegur, kalo tak, malu lah saya depan orang ramai. Mana nak letak muka nie kalo malu?? Tapi bila fikir-fikir balik, lebih baik malu kat dunia daripada malu kat akhirat kan?? Betul jugak, tapi saya sebagai manusia, saya ada hati, nak orang berasa senang dengan saya.

After lab, saya balik bilik, baring di atas katil, mengenang kembali, apa yang terjadi pada diri saya pada hari ini. Sambil tu di layan sebuah lagu yang agak best, bertepatan dengan apa yang saya rasa,Insha-Allah by Maher Zain. Terbuka minda dan hati saya. Apa yang saya boleh cakap, dengar sendiri lagu tu dan nilai la sendiri. Saya akan make sure peristiwa seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang. Rancang lah terlebih dahulu, jangan menangguh sesuatu kerja, dan yang paling penting, JANGAN JADI MACAM SAYA.

Saturday, September 11, 2010

Raya ke-2 kat Kebun Getah

Ha…hari ini pergi raya kat kebun getah..nk buat apa kat sane kan?bukan ada pape pon…ha…ini lah masalahnye….time raye, ada jek orang nak buat masalah atau nak cari masalah. Apakah mereka nie tiada otak? Ke….xd akal yang waras…

Hari mulia, bulan mulia, ada jugak orang yang tak geti bersyukur. Pergi kebun orang curi getah…bukan curi jek…sanggup tolong pekebun potong getah then bila getah da beku di sebelah petang or esok, konfem die jual getah, dan untung akan dapat kt die tanpa pengetahuan tuan punya getah..ishk3…..teruk3…ape la nak jadi ngn dieorang kan…dah dikurniakan akal, tapi tidak menggunakan waras, dikurniakan tangan, tapi di gunakan untuk mengambil hak orang, dikurniakan tenaga untuk melakukan sesuatu..tapi menggunakan tenaga tersebut kearah maksiat…sedar lah diri tu wahai pencuri…dah la segala yang ada kt dunia, bahkan nyawa kita pun kita meminjam, so buat la cara peminjam….huh

Lagipun, kalo kesempitan, mengadulah kat pihak-pihak tertentu, Insya-Allah dieorang akan membantu, even tak dapat banyak, sikit pun jadi la kan…yang penting bersyukur, Insya-Allah, Allah akan tambahkan nikmat yang kita tak sangka-sangka. Di samping itu, berusaha la, janganla asyik meminta-minta sahaja.

Abu Said al-Khudri r.a menerangkan bahawasanya segolongan sahabat dari segolongan Ansar meminta pemberian dari Rasulullah s.a.w, lalu baginda s.a.w memberikannya kepada mereka itu. Kemudian mereka meminta lagi kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda memberikannya pula sehingga habis yang ada padanya. Maka bersabdalah Nabi s.a.w

“Harta yang ada padaku tidaklah sekali-kali aku menyimpannya untuk orang yang lain daripadamu. Sesiapa yang memelihra diri dari meminta-minta, nescaya Allah memeliharanya daripada yang haram. Dan sesiapa yang memohon kepada allah, nescaya Allah memberikan kecukupan kepadanya. Dan sesiapa bersabar menahan penderitaan, nescaya Allah memberikan kepadanya kesabaran. Dan tidak diberikan kepada seseorang sesuatu pemberian yang lebih baik dan luas daripada kesabaran”

(al-Bukhari & Muslim)

Berdasarkan riwayat di atas, marilah sama-sama kita renungkan, yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datang dari diri penulis ini sendiri, menunjukkan betapa lemah nye si penulis ini..Salam Lebaran=)

Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran

Hari Lebaran sudah pun mula terasa, dentuman bunyi mercun di sana sini. Laungan takbir di malam hari dari rumah ke rumah. Adik-adik sibuk memperagakan pakaian baru mereka. Ada juga yang sedang bermain-main bunga api semata-mata untuk melepaskan kegembiraan yang tak terhingga. Maklum la, budak-budak apa tahu, yang dia tahu hari raya jek. Agak-agak la kan,dieorang mesti tengah plan nk raya nanti. Target dieorang tak lain tak bukan rumah dua tingkat, kereta mercedez ke…BMW ke…ishk2…macam tu la perangai saya waktu kecik-kecik. Maklumlah, nak kumpul duit raya, then nk bli mainan…huhuhu..Itu suasana budak kecik..


Sekarang…..

Kita semua sudah besar..tidak lagi kecil seperti dahulu..Segan nk mintak duit raya dengan orang..Tapi ada jugak segelintir dari kita suka mintak duit raya…heee…ishk3…So, pada bulan syawal nie, tanya lah pada diri kita, adakah kita tergolong dalam golongan orang-orang berjaya setelah berlalunya Ramadhan? Jika ya, panjatkan lah kesyukuran kepada Illahi kerana dengan izinnya kita berjaya mengharungi bulan Ramadhan ini. Pada orang yang berjaya, adakah anda benar-benar berjaya pada bulan Ramadhan dan akan berjaya pada bulan-bulan seterusnya? Jika tidak, tanamkan azam pada diri kita supaya Allah berikan kita kekuatan untuk tempuhi cabaran dan onak duri pada bulan-bulan yang lain dan jika kita mempunyai umur yang panjang, berjumpalah kita ngn Ramadhan sekali lagi.

Jika kita merasakan diri kita still merasa kekurangan, even bulan Ramdhan telah berlalu, tanamkan sebetul-betul azam dalam diri kita supaya kita dapat berubah dan jangan lupa untuk berdoa, memohon keampunan dari Allah serta megharapkan pertolongan dari-Nya. Kejayaan itu adalah hak milik semua orang. Dalam hidup ini tidak akan ada orang yang gagal jika semua berusaha, tidak kira sama ada dalam akademik atau pun bukan akademik. Kejayaan adalah untuk orang yang sanggup BERUBAH! Berubah lah anda kepada yang lebih baik dan juga usaha lebih untuk tingkatkan prestasi ok??!!!~SALAM LEBARAN~

Friday, September 3, 2010

Saya Hanya Insan Biasa

Saya hanya insan biasa,

Ingin melakukan sesuatu yag luar biasa,

Luar biasa yang bagaimanakah?

Jika hari ini orang menganggap masa itu emas,

Saya menganggap masa itu adalah nyawa saya,

Jika hari ini orang memikirkan untuk 5 tahun akan datang,

Saya memikirkan 30 tahun akan datang,

Jika hari ini orang sibuk mengata atau mengkritik,

Saya sibuk beristighfar dan mengucapkan “Alhamdulillah”

Jika hari ini orang pandang saya sombong,

Saya pandang orang itu seseorang yang mulia,

Jika hari ini si dia berpangkat besar,

Saya akan memastikan dia jauh ketinggalan dari saya,

Jika hari ini orang tidak menegur saya,

Saya akan mulakan teguran,

Jika hari ini orang bersangka buruk terhadap saya,

Saya akan bersangka baik terhadapnya,

Jika hari ini orang tidak mampu mengorbankan something yang disayangi,

Saya akan mengorbankan apa yang sayang,

Jika hari ini orang memikirkan saya tidak punctual ke kelas,

Saya sedaya upaya untuk punctual ke kelas

Jika semua orang menyangka saya tidak akan berubah,

Esok juga saya berubah!!!

Qiamullail vs Stay up??

Ada di antara kita sibuk menghadapi exam, belajar sampai tak ingat dunia. Maklum la, nak jadi pelajar cemerlang. Pejam celik, sekarang kita sudah berada pada 10 malam terakhir Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu dan lambat- laun Ramadhan akan meninggalkan kita. Pihak-pihak tertentu bertungkus-lumus mem’promote’ poster-poster yang mengandungi aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti ceramah, dan ada pula yang mengadakan satu aktiviti yang di beri nama “Let’s Qiam!”, untuk mengajak kita bangun di malam hari, melakukan ibadat bersama-sama,semata-mata untuk kita mendapatkan malam LailatulQadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Berbaloikah anda jika anda study, punyalah bersusah payah, then, soalan yang keluar, still tidak mampu nak dijawab dengan baik, sedangkan sudah prepare 5 hari awal untuk exam tu? Pihak-pihak tertentu bersetuju, benar sama sekali, sesiapa yang berusaha, pasti dia berjaya. Tetapi, di sebalik usaha kita itu, perlu lah kita sertakan dengan perkara-perkara rohani seperti membaca al-Quran, tidak meninggalkan solat lima waktu, puasa dengan penuh keikhlasan, menghormati lecturer dan banyak lagi.

Apa kata, kita luangkan masa 30 minit bangun pada waktu malam, mulakan dengan solat tahajjud, then solat hajat, selepas tu, baca al- Quran. Selesai melakukan perkara-perkara tersebut, kita teruskan la study kita tu, dengan niat kerana Allah, baru la akan di nilai sebagai ibadah. Susah ke bagi kita untuk spend masa 30 minit jek?? Kalau tengok movie, bukan main lagi, 3 jam pun tak kisah. Mula kan dengan yang simple jek okay? Semoga dengan ibadat yang kita lakukan, menjadi punca kita berjaya di dunia, dan seterusnya di akhirat kelak.

Orang yang menulis ni pun bukan lah hebat sangat, tapi ingin melakukan sekadar apa yang mampu. Hope, dengan cara ini, dapat lah menasihati diri ini, dan juga orang-orang di luar sana, betapa pentingnya mendapatkan malam LailatulQadar. Ramadhan hari ini, belum tentu kita dapat bertemu pada bulan Ramdhan yang akan datang. Renungkan….=)

Wednesday, September 1, 2010

Jangan Sempitkan Fikiran Anda

Jangan sempitkan fikiran anda, maka, buka la fikiran anda seluas-luasnya supaya anda nampak siapa diri anda sebenarnya. Jangan sempitkan fikiran terhadap sesuatu perkara, kerana jika anda menyempitkan fikiran anda, anda hanyalah mengundang masalah.

Seorang kawan yang menyertai sesuatu program yang bermanfaat, patutkah anda condemn dia? Tidak sepatutnya. Anda sebagai kawan hendaklah menyokong dia dari belakang, tidak kira apa jua yang dia ceburi. Bersangka baik terhadapnya. Jika dia menyertai sesuatu yang kita sangaka di luar atau melampaui batas syariah, tegur lah dia dengan cara yang berhikmah, jangan lah menggunakan kemarahan untuk untuk mvembut dan berhikmah.

Kita semua adalah sama di depan Allah S.W.T, tidak kira pangkat atau pun darjat. Hormati lah sesama kita. Sekian. =)

Labels