Sunday, October 31, 2010

Adamaya


Semenjak kau hadir dalam hidupku

Tiada lagi keresahan

Kau mengetuk pintu hatiku

Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa

Kau yang ilhamkan bahagia

Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna

Tika bahagia mula menjelma

Bila keyakinan datang merasa

Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu

Merindui dirimu

Memiliki dirimu

Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa

Kau yang ilhamkan bahagia

Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta

Hingga aku rasa indah

Monday, October 25, 2010

Kita dan IBU

  • Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah menangis sepanjang masa.
  • Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain, kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.
  • Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan di lantai.
  • Ketika berusia 4 tahun ibu membelikan pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan mencontengkan dinding.
  • Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek di dalam lopak air kotor.
  • Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit tak nak!tak nak!
  • Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola. Cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.
  • Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan ais krim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
  • Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng sekolah.
  • Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari untuk menemankan kita ke mana saja. Kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
  • Setelah berusia 11 tahun, ibu membawa kita menonton wayang. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan duduk di barisan berlainan bersama kawan-kawan.
  • Menjelang usia 13 tahun, ibu menyuruh pakai pakaian yang menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai dengan zaman sekarang.
  • Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.
  • Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
  • Setelah berusia 16 tahun, ibu mengajar memandu kereta. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan melanggar tembok.
  • Apabila berusia 17 tahun, ketika ibu sedang menunggu panggilan penting, kita bergayut sepanjang malam.
  • Menjelang usia 18 tahu, ibu menangis gembira apabila mendapati kita diterima masuk ke IPTA. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersukaria bersama kawan-kawan.


 


 


 

  • Menjelang usia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke bilik asrama. Kita hanya ucapakan terima kasih dan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.
  • Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata "……………….. itu bukan urusan ibu."
  • Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberi pandangan mengenai kerjaya, kita kata "saya tidak mahu jadi seperti ibu."
  • Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk bilik bujang, di belakang kita katakan pada kawan-kawan…… "Perabot pilihan ibu tak cantik" tak berkenan akuuuuuuuu…….."!
  • Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu bakal menantunya dan banyak bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut, "ibu……tolonglah!"
  • Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan untuk majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.
  • Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung. Kita berkata. "kami sibuk, tak ada masa nak datang."
  • Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita beritahu mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.
  • Dan kemudian, suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal ! Khabar itu bagaikan petir ! Dalam keadaan berlinangan air mata, barulah kita sedar segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.
  • Jika ibu kita masih ada, sayangilah dia. Jika dia telah meninggal ingatlah kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada "SEORANG IBU."
  • TERIMA KASIH IBU…SEGALA JASAMU TIDAK TERBALAS OLEH KAMI! KAMI SEDAR BAHAWA SYURGA ITU DI TAPAK KAKI IBU…

Sunday, October 24, 2010

Bukit UIA

Huh, agak letih hari ini…maklum la…awal-awal lagi da bangun….ye ke awal??ntah la…seperti yang dirancang,saya, adha, and shahadan ingin menakluki bukit UIA. Tengok dari bawah, memang tinggi..fuh..tinggi macam mana sekalipun, akan kami takluki..ceewwwaaahhh…pada mulanya saya ingin mencari empangan, sb dengar khabar berita, ada empangan kt uia nie…yang dibina pada zaman jepun…tak tau la betul ke tak…so, dlm kul 10.50, kami bergerak masuk hutan…memang mecabar, sebab banyak giler nyamuk!!pukul nyamuk tangan kanan, pi tangan kiri puplak…ishk…darah tuan empunya badan nie cukup lazat kot..huhu..sebab tu tak henti-henti berusaha nak sedut darah…huhuhu

Perjalanan ke puncak amat mencabar…ada sister nie nak ikot…tapi saya tak kasi, sebab terlalu bahaya…adakalanya kami menjumpai kesan tapak kaki khinzir, naseb bek sepanjang perjalanan taak jumpa…kalo jumpa, mati la binatang tu…kami ada pisau yang tajam..hahaha..melawak saja….kalo jumpa kami cabut lari la..pada mulanya kami mencari denai, mana tau kalau-kalau ada orang pernah naik bukit UIA, tapi tak jumpa pulak..semak samun yang tebal..ada laluan air..mata air pon ada…memang agak mencabar…kena buat denai sendiri…kami tanda tiap-tiap pokok yang kami lalui dengan tali rafia supaya kami tidak sesat..

Dalam pukul 1.30 kami tiba di puncak…tapi yang sedih nya, kami tak dapat nak tengok view UIA Kuantan…sebab dihalangi oleh pokok-pokok.adoi…nampak sikit-sikit jek…tapi ok la…banyak pengalaman yang kami dapat..yang penting setiakawan antara kami..next time kami akan mencari empangan pulak..huhu..ok..sampai sini jek..bye!

Friday, October 22, 2010

Business, ape tu?

Apa itu bisnes ekh? Kenapa orang tak minat bisnes? Bisnes nie merugikan ker? Bisnes nie utk org tertentu jek ke? Ad orang cakap, tak sanggup terima or tanggung risiko..kenapa ekh? Munasabah ke alasan tu? Jgn la memikirkan sesuatu tanpa usul periksa betol tak? Kita timba dulu ilmu, baru la mengenakan hukum..bisnes@perniagaan adalah sunnah rasulullah s.a.w, percaya la…setiap sunnah nabi yang kita ikut, pasti ada kejayaan..nak citer cket pasal risiko…setiap apa yang kita buat, pasti ada risiko..celah manenye yang dikatakan, takde risiko langsung…doctor nak rawat pesakit pon ada risiko…apetah lagi kalau kita tengah berjalan, ada jugak risiko nak tersembam ke tanah…betol x? cuba fikirkan…semua orang boleh buat bisnes..Cuma nak ke tak, tu jek…

Sebelum kita nak buat bisnes, apa yang kita perlu lakukan? Firstly, sure la kena tau latar belakang syarikat…jangan la main masuk jek..ini lah terjadi kat orang-orang di luar sana yang membuta tuli menceburi bidang bisnes..mereka tidak tahu…kita kena la investigate latar belakang syarikat, pastikan ada lessen AJL and also yang paling penting sebagai orang islam, pastikan sijil syariah…kukuh ke tak…then, kita tengok produk..bagus ke tak…tengok pulak potensi syarikat nie untuk maju…ada potensi ke nak berjaya…itu la yang perlu kita lakukan…tengok pada setiap sudut…kenapa ada certain-certain orang tidak minat bisnes?? Pada pendapat saya la..orang tak minat bisnes mungkin disebabkan pengaruh, tidak kira daripada rakan-rakan, orang luar, saudara-mara, mahu pun orang yang kita sayang iaitu keluarga kita.. ini lah antara sebab-sebabnye..mereka ini telah di tanam dengan sifat "I hate business or MLM". Sebelum kita mengenakan hukum atau pendapat terhadap sesuatu, timbalah ilmu dahulu, jangan lah membuta tuli…ilmu tu penting, baru lah boleh berjaya…

Ada orang kata, MLM nie sistem pyramid, tak bagus, system ini menindas orang bawah..saya tidak menafikan, ada syarikat-syarikat MLM yang menggunakan sistem pyramid bagi menindas orang bawah…betul…tapi….jika ada syarikat MLM, yang income orang di bawah, boleh mengatasi orang di atas, adakah anda mahu? Tepuk dada, tanya hati anda..itu la yang saya kata tadi…kita investigate background syarikat, barulah kita jelas..ada jugak orang cakap, bukan rezeki dia nak masuk dalam bidang bisnes…adeh…kebanyakan orang, gagal mengenal punca rezeki, sebab itulah dia tidak berjaya..

Saya ingin menyentuh sikit pasal student's life…hidup seorang student, saya pun student jugak…saya kat sini nak menggalakan to all students, jangan lah hanya tumpukan pada satu bidang…cebur la diri dalam bidang keusahawanan atau perniagaan…pastikan anda ada plan A and plan B(backup plan) dalam hidup…pastikan anda merancangnye…kita tidak tahu risiko pada masa akan datang, ekonomi gawat or something yang tak diduga, jika anda merasakan plan A anda adalah terbaik, tidak memerlukan kepada plan B, so, tahniah kepada anda, teruskan plan A anda, dan saya doakan kejayaan anda..sebagai seorang pelajar, jadikan lah minda anda sesuatu yang inovatif, kreatif, daya keusahawanan yang unggul, dan berdaya saing..saya ingin bertanya, adakan anda study 24 jam sehari? Tidak bukan..senario orang biasa kat Malaysia ni, mereka akan bersekolah, masuk ke university, dapat sijil or ijazah, then kerja makan gaji, kahwin, dan meninggal dunia..itulah senario biase yang kita lihat..senario orang luar biasa jarang-jarang kita lihat …orang luar biasa, dari kecil bersekolah, masuk university(menanamkan sifat keusahawan, part time bisnes, berfikiran kreatif dan inovatif), dapat sijil or ijazah, kerja(plan A),at the same time telah mempunyai perniagaan sendiri (plan B yang telah dipupuk sejak bangku sekolah or university), menjadi kaya, dermawan, meninggal dunia( semoga dicucuri rahmat, dan meninggalkan nama baik).

Inilah senario orang luar biasa yang jarang kita temui..saya ingin berkongsi dengan anda tentang member saya. Dia seorang pelajar UTP, university yang hebat betol tak?? Baru-baru ini dia graduate dengan memandu kereta BMW 5 series yang di beli menggunakan duit dia sendiri, hebat tak dia? Dia telah menceburi bidang bisnes sejak belajar lagi, dan sekarang, die telah memberikan kesenangan kepada family dia…da la single lagi…huhuhu…itu tak penting, yang penting cara dia nak majukan diri…dan baru-baru ini juga, dia telah di temuduga dengan syarikat petronas..of course la..sebab dia student UTP. Macam biase la, penemuduga ni konfem la dia akan "bahan" kita betol tak? Dari situ la dia akan di evaluate, sama ada layak or tak bekerja dengan dieorang dengan income yang ditawarkan sebanyak rm3500 per month, dan pada masa yang sama, income die dalam bisnes yang die ceburi sebanyak rm35000!! Dasyat tak? Saya bukan nak cerita pasal income, nak cerita pasal temuduga tu, 6 temuduga yang menemuduga die tu terperanjat, setiap kali die kena "bahan", dia mampu untuk counter balik!!fuh..sehingga die qualified untuk memegang jawatan pegawai petronas…nak beritahu kat sini, dalam bisnes la kita akan di train kita punye soft skill, dalam kelas mana boleh dapat, betol tak?

Renung-renungkan lah apa yang saya sampaikan, saya hanya ingin berkongsi ikhlas dengan anda semua, tidak terniat untuk menyalahkan anda..apa yang penting, hati anda, diri anda, anda lah yang menentukan hidup anda, senang atau susah…ok? Sape-sape yang terbaca citer nie, jgn lupe berikan komen anda..tu jek la..panjang sangat, nak ikutkan hati, nak tulis jek lagi…huhuhu…tapi cukupla…ok?sekian…

Tuesday, October 19, 2010

Kembali

Fuh, arini baru la berpeluang nk update blog nie…kalo tak..memang tak update la sebab memang takde masa..maklum la…I got the new job…"rahsia",huhuhu..ni pon update dalam kelas anatomy,huhuhu..jahat2….jumaat lepas, budak-budak kelas mengadakan batch gathering di cherating..fuh..best giler..sampai-sampai jek…takde orang…kena la tunggu budak-budak lain sampai dulu….mereka check in chalet, tapi saya tak check in sebab malam tu nak kena balik ke hostel ada urusan kerja..petang tu saya berseronok giler-giler, main bola pantai ma…besh3..pastu niat di hati nak mandi pantai…so, berlari la ke pantai nak mandi-manda…baru jek masuk air..da tercedera…terpijak cengkerang..giler tajam..darah mengalir tak henti-henti…so rendam la kaki dalam air dengan harapan darah berhenti mengalir…biasenye darah akan berhenti mengalir kalau kita rendam kaki kita dalam air sejuk sebab bila air sejuk, akan menyebabkan salur darah mengecut. Tapi masalah air laut tak sejuk…so tunggu jek la darah berhenti…platelet akan menjalankan fungsinye la…

Malam tu kami buat BBQ, banyak giler makanan..kekadang terfikir jugak..tak mebazir ke..tapi malm tu memang kenyang giler..tak larat da nak makan…minum jek llarat..ehhehhe…yang penting, dengan cara ini la kita dapat mengeratkan silaturahim sesame kita..daripada yang kenal, jadi tak kenal..daripada yang kenal, jadi lebih kenal..malam tu kul 11.30 bergerak pulang ke hostel.malam-malam keter memang takde kalau lalu highway..ape lagi…berlumba dengan rumate la…huhuhu 140km/h…menang akhirnya…tapi tabiat ni jangan ikut ye..bahaya..hanya orang professional jek ye..hehhehe..

Esoknye seawal 5 pagi bergerak ke Kuala Lumpur…sebab ada kursus…kursus nie best giler and murah.bukan senang nak dapat kursus macam ni…rugi la kalau siapa tak pergi…siapa-siapa nak pergi..beritahu saya ye…tempat adalah terhad..huhuhu…memang hensem la saya time tu…ngn tie and kod nye..fuh..bergaya giler sebab saya bertemu dengan bukan calang-calang orang..ilmu yang saya dapat, ingin saya berkongsi dengan anda di luar sana…peluang untuk anda…tapi belum tiba masanye..sabar ye….malam tu bertolak kul 10.30 dari uia Gombak after had dinner there..maklum la..perjalanan jauh..yang drive nye sorang jek..saya la yang drive pergi and balik..perjalanan malam tu memang mengantuk kan…jauh giler..240 km jauh kuantan to kuala lumpur. Mata da ngantok giler time drive..pe lagi..sampai jektemerloh saya berhenti berehat and tidow..member-member lain pun tidow jugak, padahal dieorang tak drive..soh dieorang drive…tapi tak yakin..terpaksa la drive…2 tempat perhentian saya berhenti semata-mata nak tidow..tengok-tengok da kul 2 lebih..sepatut boleh sampai kul 2.. disebabkan masa tidow terlalu lama…kul 4 bru sampai hostel..alhamdulillah…sampai jugak akhirnya..sebelum saya melelapkan mata, saya terfikir la pasal impian saya, saya nak ubah hidup saya and keluarga saya…by the way, saya azam..masuk jek third year, saya nak hantar parent pergi haji, menggunakan duet saya…inya-Allah, doakan saya ye..ok la..sampai sini jek la…sebelum saya berhenti menaip, saya nak anda tanya 1 soalan pada diri anda..apakah impian anda??dan renungkan la..Salam.

Sunday, October 3, 2010

Cantik Giler!!!

Apa yang cantik ekh??huhuhu..those who are never go to Pelindung Hill, pi la…best giler..nice view…cantik…Seawal 7.30 pagi, saya, adha and awe pi sana dengan menaiki moto jek…parked moto kat TC. Then, we entered jungle, naik bukit yang agak tinggi..giler lenguh kaki..tapi best..puas ati sebab dapt tengok pokok-pokok, menikmati keindahan alam ciptaan Allah…Pujilah kebesaran Allah, insya-Allah, bertambah iman kita..bukan itu jek, dapat jugak mengeluarkan peluh…otak yang cerdas daripada badan yang sihat..dapat menghirup udara yang segar, bersih dan nyaman..Rugilah sape tak pi…bukan selalu tau…nak-nak orang yang rumah die luar dari Kuantan…Rasa lah sekali, konfem tak rugi..…Masa sedang berjalan dalam hutan, macam-macam bunyi la dengar…tak pasal-pasal, basikal lalu…baru tau…kepada sape-sape yang suka "mountain bike", ha…ini lah tempat nye…takpe-takpe, nanti saya nak cuba la naik basikal dalam hutan..baru mencabar, even bahaya..huhuhu

Perjalanan dari pantai mengambil masa dalam 36 minit, agak lenguh la sikit kaki…tapi yang penting puas hati bila sampai kat atas..Cantik giler pemandangan, boleh nampak seluruh Bandar Kuantan!!nampak bukit UIA jugak..Betapa hebat nya Allah nak cipta pemandangan macam tu…fuh..Subhanallah..Duduk relax-relax sambil di buai angin sepoi-sepoi bahasa, ceeewwwaaahhh, memang best giler…giler la!!hahaha..After 15 minit berada kat puncak (macam tinggi sangat), kami pun turun…tapi yang pelik nya, masa perjalanan nak turun dari bukit melebihi masa perjalanan nak naik bukit…ishk3…sepatutnye turn bukit lagi cepat daripada naik…Masa nak turun tu dalam around 46 minit..pape pun, yang penting selamat turun…Next mencari kedai makan pulak..and first time sampai kat taman gelora. Before nie, tak tau la pulak ada pantai kat situ….lawa jugak la…banyak pokok…tapi sekadar tengok dari jauh jek sebab objektif kami nak cari kedai makan, lapau+haus giler….then sampai kat kedai Pak Lah punya anak, pe lagi..amek order la…makan biase-biase..sarapan la katakan…after makan, saya balik…tido sekejap and skang..berada di suatu tempat RAHSIA,huhu…ok la..sampai sini jek..c u next time..=p

Sakit pinggang weh…huh

    Bertemu kita sekali lagi, ape khabau anda semua??sehat belako?hehehhe..ok, today wanna share pasal sakit pinggang,huhuhu..before that, I wanna tell u about something that make me full of ashamed, memang malu giler…huhuhu…takpe la…tapi I accept dengan hati yang terbuka..Hari selasa, tanggal, 28 september, ada English class..sekali madam ask me to do the right reference in APA format, pergh, confident giler pi kat depan, then tulis la…panjang giler la…after that, madam asked students whether I did wrong or not, then students said "NO", hahaha…segan giler..but, the important is, I just think positive and I expected that was my wrong, sape soh tak baca kan?kan?It's ok..I'm student, learn from unknown to known. Students must learn if they want to know something.kui3…

    Next, tanggal 30 September, there was a selection for cycling at Kulliyyah of Medicine at 5pm. In the same day, I had an examination, Human Gene, at 3pm and I had class at 5 pm which was UNGS Class. Adeh..clash la pulak…about the exam, I think, ok la…I could do it..hopefully get a better marks. Ok, we continue, so the problem that I faced, whether I should go to the UNGS Class, or go to the selection for cycling. Actually, the cycling is club event that was organized by cycling club in Gombak. I am very interested in events that challenge me like this cycling event because this cycling from Gombak to Kuantan. This event is the first time organize by that club. So, I had decided to leave the class and go to the selection. The selection is to test your stamina and also your psychology. The test was running about 4 km. It was from Futsal court, in front of Kulliyyah of Medicine, to guard office, then to the new dentist buildings, to a junction at kulliyyah of science..then to the Futsal court where we finished our ran. Jaoh giler…SAKIT GILER PINGGANG..rasa macam nak tercabut..pape pun, I succeeded to finish in number 6…ok la kan…after I ran, I straight went to the class even the class was approximately to finish. When I was there, ustaz Razak was in office..so, my friends and I went to see ustaz Razak because at that time, we had class exercise that we could be lost 5 marks!! Then…..fuh…Ustaz said "Next time you come to the class, I'll give you, class exercise". We're save.huhuhu..berbaloi-baloi….

    Tanggal 2 September, after Zuhur prayer, my friends and I went to Ecah's house. Maklum la, die jemput p umah terbuka die..fuh…nyam2…lot of food you know..so delicious..I ate until I was fulled,hehhee..before we returned home, sempat pulak tu nk tapau2…hahaha..her mother was so friendly…Her mother also told a lot of story, especially horror story. Pergh..agak takut la jgk..tp semangat kuat..hehehe..Around 5.30 pm, we returned back to hostel..agak besh la…mkn pn free…can strengthen our relationship..even I'm the only biomed students at that time..but I'm happy with them…huhuhu..kan bagus kalo budak kelas saya macam tu….huhuhu…=)..ok la..ngntok da nie….kte sambung next time..Assalamualaikum..

Labels