Friday, February 4, 2011

Sikap “TIDAK APA”

    Sikap "tidak apa" selalunya bersarang dalam diri anak-anak hasil daripada cara didikan semasa kecil. Corak didikan yang kasar dan terbiar akan menambahkan parahnya gejala tersebut. Apabila anak-anak berasa dirinya boleh terus hidup dengan bersikap lepas tangan, maka mereka akan berasa tidak perlu untuk lebih teliti dan bersungguh-sungguh. Menjadi teliti dan bersungguh-sungguh tidak membawa apa-apa makna kepada mereka.

    Bagaimana mengatasi masalah ini? Anak-anak hendaklah didenda atau disusahkan sedikit apabila bersikap acuh tak acuh dalam apa jua aktiviti. Kalau mereka terus berdegil, gunakan rotan. Cuma janganlah mencederakan tubuh fizikal mereka. Jangan biasakan anak-anak merajuk. Ibu bapa yang membiarkan anak-anak merajuk hanya akan memuakan mereka dengan sikap gopoh atau kerja sambil lewa. Sekian~

Thursday, February 3, 2011

Melatih Diri Anak-Anak untuk Lebih Teliti

    Ibu bapa hendaklah melatih anak-anak pada peringkat mumaiyiz iaitu ketika berusia tiga hingga empat tahun untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan teliti dan bersungguh-sungguh, misalnya :

  • Didik mereka supaya berjimat-cermat dengan barang permainan mereka.
  • Simpan permainan baik-baik setelah digunakan.
  • Ajar mereka kebersihan diri seperti menggunakan berus gigi dan mandi menggunakan sabun dengan betul.
  • Didik anak-anak supaya memakai pakaian yang bersih dan beralas kaki (kasut atau selipar) apabila keluar dari rumah.


 

Apabila anak-anak berusia 6 tahun, ajarlah mereka dengan disiplin yang lebih terperinci. Mereka mampu untuk mengikutinya. Cuma jangan biarkan mereka bersendirian untuk menyelesaikan permasalahan yang sulit. Didik mereka supaya berfikiran kritis. Kenapa mesti bersih? Kenapa mesti berdisiplin? Dan sebagainya.

    Apabila anak-anak menigkat usia baligh, latih mereka supaya mempunyai daya usah dan inisiatif sendiri seperti berusaha sendiri untuk bangun solat Subuh, berusaha sendiri untuk membersihkan diri dan berusaha sendiri untuk menggarap ilmu pengetahuan. Pun mereka tidak boleh dibiarkan bersendirian. Mesti ada pemantauan yang rapi. Malah ada perkara yang mesti ditunjukkan contoh kepada mereka. Sekian~

Wednesday, February 2, 2011

Halangan tetap ada

Assalamualaikum...huh..lme da x update blog nie...hihihi...biase la...xsmpt nk update blog...bz memanjang...pape pun, time management yg paling penting..=)

Halangan tetap ada, tak kesah la di mana anda berada atau di mana bumi anda pijak. Tapi..tanganila halangan itu dengan rasa sabar...insya-Allah ada hikmahnye....Hari ini kite di timpa kesusahan dan yakinlah, di sebalik kesusahan itu ada kesenangan...bersabar la...

Dengan sabar, usaha, ikhtiar dan doa, pasti kita boleh berjaya..Pastikan anda tidak berputus asa dengan setiap halangan yang anda timpa. Cuba relax+cool, tarik nafas dan fokus kepada matlamat. Jadikan matlamat anda lagi besar daripada masalah atau halangan yang anda timpa. Kebanyakan orang memandang masalah atau halangan sesuatu yang besar, sebab itulah matlamat tidak tercapai. Berfikiran positif, mencuba segala usaha yang ada untuk mencapai matlamat.

Tu jek nk share hari ini..hihihi...Segala apa yang saya ungkapkan ini, boleh dijadikan sebagai satu sesi motivasi untuk diri sy dan juga untuk anda motivasikan diri anda ok?Sekian~

Labels