Monday, May 12, 2014

Undangan ke majlis perkongsian ilmu perniagaan Takaful oleh Tuan Kamal Idris

Baginda s.a.w pernah bersabda,"9/10 rezeki datang daripada berniaga." Namun begitu, berapa ramai yang "believe" dengan apa yang dikatakan baginda?

Ramai orang mahu berniaga, tetapi tidak tahu bagaimana mahu memulakan perniagaan. Secara asasnya, untuk kita memilih perniagaan apa yang ingin kita ceburi, antara faktor yang perlu di ambil kira ialah 3M. Apa itu 3M?

M yang pertama adalah "marketable". Adakah produk kita mudah dipasarkan? Adakah produk kita ini merupakan keperluan orang ramai? Adakah produk kita ini mampu menyelesaikan masalah orang ramai?

M yang kedua adalah "masa". Berapa banyak masa yang kita perlukan untuk memasarkan produk kita? Adakah perniagaan kita ini menjauhkan diri dengan Pencipta sehingga tiada masa untuk meluangkan kepada-Nya?

M yang terakhir ialah "modal". Berapakah banyak modal yg kita perlukan untuk membuka perniagaan? Adakah anda mempunyai modal yang besar dan cukup? Risiko yang tinggi?

Semua persoalan di atas akan terjawab apabila anda hadir ke majlis perkongsian ilmu perniagaan Takaful oleh Tuan Kamal Idris. Saya begitu pasti sekali, setiap anda yang hadir ke majlis ini akan mendapat pendedahan tentang perniagaan takaful, dan apa peluang yang ada apabila anda menceburi bidang ini. Ingin saya ingatkan, jangan lepaskan peluang ini.
 
Pilihan semua di tangan anda. Hidup ini adalah semua dalam percaturan dan perancangan Allah s.w.t. Tetapi kita jangan lupa, Allah pernah berfirman, "Aku tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri." Tidak salah untuk menjadi kaya, tidak salah juga untuk menjadi miskin. Yang diukur semua adalah ketaqwaan kita kepada-Nya.

Jangan lupa untuk hadirkan diri anda ke taklimat perkongsian ilmu perniagaan takaful seperti yang tertulis di bawah ini.

Percuma untuk 200 peserta. Makanan disediakan.

Tajuk : "Taklimat Perkongsian Perniagaan Takaful"
Masa : 14 Mei 2014, Rabu, 8.00 Malam
Address : KINGSgreen Hotel City Malacca, Centre Melaka, Jalan Tun Perak, 75300 Melaka

Jumpa anda di sana!

Untuk pendaftaran, sila sms <nama><tarikh lahir> ke 0176153014

Friday, September 7, 2012

Wajib Bayar Pinjaman


Jika anda seorang pelajar yang membuat pinjaman, sama ada pinjaman PTPTN atau apa-apa pinjaman, sudah tentu anda kena dan wajib membayar balik bukan?

Apa yang berlaku ialah, ibu bapa menjadi penjamin untuk anda semasa memohon pinjaman. Sekiranya, apa-apa musibah terjadi kepada anda seperti meninggal dunia atau lumpuh, ibu bapa lah yang akan membayar pinjaman anda.

Kasihanilah ibu bapa anda yang bersusah-payah membesarkan anda. Terlampau banyak wang dan masa mereka habiskan demi mendidik anda.

Sebagai anak, simpanlah rm300 untuk 1 sem sebagai plan B untuk ibu bapa supaya mereka tidak bersusah-payah mencari wang untuk membayar balik pinjaman yang kita buat jika berlaku kejadian tidak diingini kepada kita. Mudah bukan?. Dah la sedih kehilangan kita, tambah pula beban yang lain.

Jika berlaku apa-apa kejadian tidak diingini atas diri anda seperti meninggal dunia, dengan simpanan rm300/semester, ibu bapa anda akan menerima RM50,000+RM5,000(badal haji untuk anda)+RM2,000(kos pengebumian)+jumlah simpanan anda.

Sangat berbaloi bukan?!ingat lah, bahawa mati tiada tarikh dan tidak mengenal usia.

Hubungi saya segera! Percuma RM50 untuk bulan September.

Irzan - 017-6153014

Kau yang bergelar ISTERI


Jika anda seorang ISTERI yang tidak bekerja, hanya menjadi suri rumah, menjaga anak-anak, apakah nasib anda jika musibah berlaku kepada suami tercinta?

Ini bermakna, tanggungjawab and akan menjadi lebih berat kerana  anda terpaksa menggantikan tempat suami sebagai pencari nafkah yang utama. Ana perlu memikirkan bayaran persekolahan anak-anak, kos perubatan yang perlu dibelanjakan jika suami lumpuh,barang dapur,bil elektrik,bil air, telefon hutang piutang kereta, hutang pinjaman bank, dan macam-macam lagi. Silap-silap, anak pun kita tak sekolahkan.

Inilah yang akan berlaku kepada anda. Jika si suami meninggal, dia hanya meninggalkan harta,wang simpanan kepada si isteri hanya 1/8 sahaja!sangat sedikit bukan? Anda terpaksa menunggu agak lama kerana banyak prosedur dan agak rumit.

Oleh itu, untuk mengelak kejadian seperti ini berlaku, hubungi saya untuk menyelamatkan duit simpanan atau duit poket hangus terbakar dengan hanya membayar hutang atau kos-kos yang saya sebutkan tadi.

Janganlah kita berkira untuk membuat simpanan dan perlindungan untuk keluarga kita, silap-silap, orang pun akan berkira dengan kita untuk beri pinjam duit semasa kita susah.

Kita tahu tarikh lahir kita, tapi kita tidak tahu tarikh kematian kita.

Hubungi

Irzan - 017-6153014

Wednesday, September 5, 2012

Berbaloi atau sangat BERBALOI?


Kos perubatan yang tinggi, insha-allah boleh diselesaikan jika kita ada dana kecemasan melalui medical card smart medic, 100% ditanggung, tiada ko-takaful 10%.

Pilihlah pelan medical card mengikut keperluan anda. Berbaloi atau sangat berbaloi? anda tentukan.

Hubungi saya untuk pelan medical card yang ideal!

Irzan - 017-6153014

PERCUMA RM50!


Promosi Simpanan dan Perlindungan

Hanya membuat caruman RM150/sebulan, anda akan dapat:-

1. Nilai tuntutan : RM80,000 jika berlaku kematian atau lumpuh.

2. RM2,000 : Kos Pengebumian

3. RM5,000 : untuk badal haji (cadangan)

4. Smart Medic Plan 1 :

- RM50,000/setahun, RM150,000/seumur hidup.

- tiada ko-takaful, ditanggung 100%.

- Elaun masuk hospital RM50/sehari.

- Khairat Kematian : RM5,000.

5. Simpanan anda dalam masa 20 tahun : RM20,000++

Yang penting, perlindungan asas keluarga anda, anda perlu jaga. Dengan medical card, anda tidak perlu mengeluarkan duit simpanan anda dan juga menjual tanah atau rumah dan sebagainya.

Percuma RM50 untuk sesiapa yang mendaftar pada bulan September!

Hubungi saya untuk pakej ini.

Irzan - 017-6153014

Tuesday, September 4, 2012

Penyebab HUTANG!


Sebab utama peminjam GAGAL membayar hutang.

Peratus yang tertinggi ialah 26% mewakili perbelanjaan perubatan yang tinggi dan peratus kedua tertinggi ialah 25% mewakili perancangan yang kurang cekap.

Tidak dinafikan bahawa kos perubatan adalah satu kos yang sangat penting kerana ia melibatkan kesihatan diri. Tetapi, kita telah diberi cara yang efektif bagaimana menyelamatkan duit poket kita daripada membayar kos perubatan yang tinggi, tetapi kita tetap TAK NAK. Disebabkan kita kurang cekap merancang simpanan masa depan kita, maka kita gagal merancang kewangan kita, banyak duit dibazirkan begitu sahaja.

Dengan menggunakan smart medic 100, kita mampu menyelamatkan duit poket kita untuk kos perubatan yang tinggi. Dengan bayaran serendah *RM42 sebulan, kita boleh mendapat kos perlindungan perubatan RM50000 setahun.

Hubungi saya untuk mewakili smartmedic100 untuk perlindungan perubatan yang tinggi mengikut keperluan anda. Jika kos perubatan anda rm20000 anda tidak perlu untuk meminta-minta, atau menjual tanah, rumah atau menghabiskan simpanan anda.

Perancangan simpanan masa depan anda tidak akan membawa apa-apa makna jika bencana yang bakal anda tempuhi tidak diambil kira dalam merancang simpanan masa depan anda.

Hubungi saya

Irzan - 017-6153014

Isteri yang TABAH


TANJONG KARANG: Biarpun menghidap kanser payu dara sejak empat tahun yang lalu, ia bukanlah halangan buat Rashimah Mustakim, 37, untuk mencari nafkah sebagai petani demi menyara keluarganya.

Rashimah berkata, dia dan suami, Rohman Mohamed Esivan, 45, akan ke kebun yang terletak di hadapan kediaman mereka setiap pagi selepas Subuh untuk memetik hasil tanaman serta melihat keadaan sayur-sayuran yang ditanam.

Bagaimanapun, sejak tiga tahun lalu, keadaan penglihatan Rohman yang semakin teruk menyebabkan Rashimah mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga demi menyara 10 anaknya.

Yang lebih dikagumi, wanita yang menghidap kanser ini sanggup mencari dana untuk kos pembedahan mata suami. Seorang isteri yang sangat tabah.

Wujudkan satu dana kecemasan melalui smartmedic 100 untuk menampung kos pembedahan sehingga RM200,000 setahun! Yang penting, 100% ditanggung medical card ini!

Hubungi saya untuk miliki smartmedic100 dengan nilai yang sangat berpatutan!

Irzan - 017-6153014

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Demisara10anak/Article/index_html

Monday, September 3, 2012

Tiada PEWARIS HARTA!


RM42 bilion harta dibekukan melibatkan sejuta kes gagal diselesaikan pewaris kerana tiada wasiat.

Biasanya, orang Melayu hanya akan membuat wasiat ketika maut menghampiri mereka tanpa memikirkan yang sebenarnya maut sentiasa bersama mereka tanpa memikirkan usia, sama ada tua, muda, atau bayi yang baru lahir.

Di MAA Takaful, kami sudah pun menyediakan wasiat untuk anda ketika pertama kali anda mendaftar untuk anda memberikan simpanan dan pampasan kepada pewaris anda tanpa tertakluk di bawah kuasa Amanah Raya Berhad yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk di "claim".

Hubungi saya untuk mewariskan harta anda kepada insan yang tersayang tanpa prosedur yang rumit dan susah!

Irzan - 0176153014

Isteri DERHAKA!


Kerana menyedari suami menghidap penyakit buah pinggang, seorang isteri bukan saja tergamak meninggalkan lelaki itu dalam kesakitan, tetapi sanggup memaksa lelaki berkenaan menceraikannya ketika dia dalam perjalanan pulang ke negara asalnya, Myanmar.

Tindakan tidak berperikemanusiaan wanita terbabit yang dilakukan pada 2009 lalu menyebabkan dua anak perempuannya, Siti Amirah Ghazali, 21, dan Siti Puspawani, 18, menanggung kesusahan serta penderitaan yang ditanggung bapa, Ghazali Abdullah, 55, termasuk mengabaikan alam persekolahan demi menjaga ayah tercinta.

Inilah kemungkinan yang berlaku dalam institusi rumah tangga jika si suami tidak membuat perlindungan untuk dirinya dan keluarga. Persekolahan anak-anak pun mungkin terabai.

Oleh itu, hubungi saya untuk mendapatkan perlindungan untuk diri dan keluarga anda sehingga RM500000! Sekurang-kurangnya membantu meringankan beban yang anda alami. Wujudkan satu dana kecemasan untuk kepentingan keluarga anda. Jangan dah terhantuk baru nak tengadah.

Irzan - 0176153014

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Paksasuamicerai/Article/index_html

Saturday, September 1, 2012

Sayangi keluarga anda wahai SUAMI



Seperti yang semua tahu, SUAMI ADALAH PENCARI NAFKAH YANG UTAMA. Nasib si isteri dan juga anak-anak bergantung kepada rezeki pencarian suami. Adakalanya, si isteri juga turut membantu si suami.

Persoalannya, jika PENCARI NAFKAH yang utama meninggal dunia, atau mengalami kelumpuhan anggota badan, bagaimana dengan nasib si isteri dan juga anak-anak? Adakah keperluan asas mereka terabai?bagaimana pula dengan persekolahan anak-anak? Si isteri terpaksa bekerja siang dan malam semata-mata untuk menyara anak-anak dan ini boleh menyebabkan anak-anak tidak mendapat kasih sayang dan prihatin daripada ibu mereka.

INI ADALAH TANGGUNGJAWAB SUAMI UNTUK MEMASTIKAN KEPERLUAN ASAS KELUARGA TERJAMIN JIKA APA-APA MUSIBAH BERLAKU KEPADA PENCARI NAFKAH UTAMA!

Setiap keluarga perlu memiliki Plan Maa Takaful Hayat RM500000 jika ditakdirkan pencari nafkah keluarga hilang upaya kekal disebabkan lumpuh atau meninggal dunia.

Sayangi keluarga anda!

untuk income replacement, hubungi saya

Irzan - 017-6153014

Friday, August 31, 2012

Income Replacement


Secara umumnya, kehidupan kita boleh dibahagikan kepada 3 bahagian:-

1. 8 jam untuk tidur.
2. 8 jam untuk bekerja.
3. 8 jam untuk berehat/beribadat.

Begitu juga dengan KEPERLUAN kita, boleh dikategorikan kepada 3 bahagian juga:-

1. Keperluan asas - makan, pakaian, tempat tinggal.
2. Keperluan jangka masa pendek - Pendidikan anak-anak.
3. Keperluan jangka masa panjang - Wang persaraan, haji, umrah.

Ramai orang tertumpu kepada keperluan jangka masa panjang dan pendek tanpa memikirkan keperluan asas keluarga yang jauh lebih penting. Seeloknya, jangan diabaikan keperluan asas keluarga, sebaliknya urus kewangan anda sebaik mungkin agar dapat memenuhi ketiga0tiga keperluan tersebut.

Jika pada umur 45 tahun anda tidak boleh bekerja disebabkan anda lumpuh atau meninggal dunia, bagaimana dengan keperluan asas keluarga anda? Adakah anda meninggalkan apa-apa untuk mereka teruskan hidup? Atau membiarkan sahaja mereka berusaha mencari punca rezeki selepas kehilangan anda?

Sayangi Keluarga Anda!

Untuk maklumat lanjut mengenai INCOME REPLACEMENT, hubungi saya

Irzan - 017-6153014

Thursday, August 30, 2012

Dana Kecemasan Yang Anda Kena Ada!


Ramai orang tidak sanggup mengeluarkan duit simpanan atau duit dalam dompet sendiri untuk membayar kos perubatan yang tinggi. Tapi sesetengah orang sanggup menjual tanah, malah sanggup menjual rumah semata-mata untuk membayar kos pembedahan yang tinggi. Akhirnya tinggal sehelai sepinggang dan keperluan asas keluarga terabai!

Milikilah kad perubatan MAA Takaful yang memberikan ketenangan kepada anda dan keluarga apabila memerlukannya. Dengan kos perubatan yang saban meningkat sepanjang hari, kad perubatan ini merupakan penyelesaian kepada masalah ini dan anda tidak lagi perlu MEMINTA-MINTA untuk sumber kewangan bagi membiayai bil-bil perubatan anda! Ini merupakan salah satu dana kecemasan yang patut anda miliki!

Antara manfaat kad perubatan ini:-

- Tiada ko-takaful 10%. Ko-takaful bermaksud peserta takaful kena membayar 10% daripada jumlah bil perubatan yang dikenakan. Namun MAA Takaful menanggung 100% bil perubatan anda.

- Kad perubatan yang sangat murah dan mampu dimiliki dengan serendah *RM55 sebulan dengan nilai had tahunan menjangkau RM200000 dan seumur hidup RM600000!

-Pembaharuan dijamin!

-MAA Takaful mempunyai lebih 90 panel hospital terbaik di seluruh Malaysia!

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya

Wednesday, August 29, 2012

Education


Ramai ibu bapa membuat simpanan pelajaran untuk anak mereka tanpa memikirkan musibah yang mungkin akan menimpa mereka (lumpuh@ meninggal dunia), dalam erti kata lain, simpanan untuk anak akan terhenti jika musibah berlaku ke atas mereka.

Oleh itu, mulakan simpanan pelajaran anak anda di MAA Takaful sekarang serendah rm3.50 sehari dan nikmati PERLINDUNGAN DIRI ANDA, PASANGAN ANDA DAN JUGA ANAK ANDA.Kesemuanya PERLINDUNGAN 3 dalam 1!

Janganlah berkira untuk membuat simpanan pelajaran untuk anak,takut orang lain pun berkira nak bagi pinjam duit jika berlaku musibah kepada anak, Renungkan..

Hubungi saya untuk maklumat lanjut - 0176153014

Tuesday, May 1, 2012

Kapas Island


Ini adalah pemandangan Pulau Kapas...excited giler p sne..lg2 free...huhu...the memories kt sne mmg xdpt nk lpe kn..especially ngn group members...happening sgt group ak tu...pokpekpokpekpokpek...hahaha...

most group members ak adalah org Kelantan and Terengganu...so..dgr die punye loghat jek la kalau berckp...huhu..kelakau...mcm2 ragam ak tgk...ad yg malu2 kucing...ad yg pandai masak...tp...kari masin cket..hehe..pape pn besh!ak suka bangat!..huhu..hopefully next year dpt group mcm nie..heeee~

Kat cni gak ad taman laut...haa...kne snokling la kalo nk tgk..air pn jernih...tp masin la..air laut la kata kn...so kalo ad sape2 teringin nk tgk batu karang...p la Pulau Kapas..tu jek la nk share...thnx!

#ilikethismoment

Tuesday, April 10, 2012

Hapuskan PTPTN!

Isu penghapusan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional [PTPTN] semakin rancak apabila reaksi mahasiswa dan anak muda terhadap tindakan kerajaan menafikan hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta. Tan Sri Tajuddin menyebabkan liabiliti tanggungan RM8 bilion. YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak memutuskan hutangnya sebanyak RM589 juta kepada Dana Harta dihapus kira walaupun tiga tahun lalu mahkamah memerintahkan beliau melangsaikannya.

Berbangkitnya isu PTPTN oleh anak - anak muda dewasa kini, juga ekoran tindakan PTPTN bermaharajalela melebihi Bank dan dilihat menindas graduan. PTPTN tidaklah dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia. Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang, samaada hutang rumah atau kereta, mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara sekali pun.

Along Negara.

Malangnya kes PTPTN ini, sebagai contoh pada 8 Jun 2011, Mandeep Singh [ isu pelajar UNISEL ] telah menjelaskan tunggakan sebanyak RM2,330.82 dan PTPTN telah mengesahkan pembayaran tunggakan itu, tetapi 6 Julai 2011 pelajar terbabit ditahan di LCCT oleh pegawai Imigresen kerana disenaraihitamkan dalam sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia. Insiden ini menyebabkan PTPTN dilihat tidak ubah seperti Along berlesen.

Along berlesen ini terus menjadi igauan ngeri yang sering menghambat keselesaan hidup anak muda yang terlibat. PTPTN asalnya bukan wajib dipinjam, ia adalah optional disamping biasiswa negeri dan JPA. Namun wang PTPTN terpaksa dipinjam kerana ibu bapa tidak terdaya menanggung bayaran pengajian dan kampus yang tinggi. Sehingga kini negara mempunyai 1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun. Tapi lihatlah apa musibah PTPTN ke atas mereka :

a] Purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa.

b] Seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam yang disaman oleh mahkamah sehingga Oktober 2011, kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka. (66.9% disaman)

c] Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34% berbanding RM6.04 bilion, jumlah yang sepatutnya diperolehi, maka seramai 132,801 pelajar telah disenarai hitamkan dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.

Kurangkan beban rakyat

Justeru telah menjadi suatu yang telah diketahui umum bahawa komitmen Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara ialah menjaga kebajikan rakyatnya serta dalam masa yang sama memastikan pendapatan negara melalui pertumbuhan ekonomi sihat dan subur.

Maka saya melihat Kerajaan Pakatan Rakyat kelak sangat berpotensi untuk melunaskan komitmen tersebut melalui pembentukan sebuah pentadbiran yang adil, amanah, telus dan berintegriti atau menepati piawaian sebuah kerajaan yang disebut sebagai Good Governence.

Kerajaan selayaknya menjadi Payung Rakyat bukan menjadi Along Negara yang menghambat rakyat. Guna kekayaan anugerah Allah kepada negara kita untuk rakyat dan bangunkan negara melalui pembangunan yang memulangkan manafaat kepada rakyat terbanyak bukan hanya kepada kelompok elit dan kroni. Sebelum ini, sejarah Kerajaan UMNO dan BN sering dilihat menggunakan wang negara bernilai tinggi untuk bailout dan menjaga kepentingan syarikat GLC dan kroni yang mengalami kerugian besar dan hampir bankrap. Sebagai contoh mudah ialah :

a] MAS yang rugi sebanyak RM478 juta dan kerugian bersih setakat ini, sebanyak RM 1.2 billion. Bagaimana syarikat MAS mampu survive jika tanpa campur tangan kerajaan yang menyokong syarikat berkerugian besar ini ? persoalan lain yang berkaitan ialah bagaimana syarikat yang sepatutnya membawa pulang keuntungan besar tiba - tiba mengalami kerugian berskala besar pula ?

b] Syarikat milik penuh kerajaan Malaysia, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan telah membeli Tanjong Energy Holdings, sebuah syarikat penjanakuasa bebas milik Ananda Krishnan yang memiliki loji janakuasa di serata Asia. Dilapor oleh The Singapore Straits Times bahawa 1MDB telah mengambil alih kepentingan Ananda dalam Tanjong Energy pada nilai RM8.5 Bilion.

c] Menyuntik modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik UMNO, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCBB)

d] Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta

e] Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom

f] Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS

g] Memaksa Petronas membeli saham Proton dan ambil alih Litar Sepang

h] Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tan Sri Tajuddin Ramli yang bernilai RM 1.8 bilion

i] Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Dana Harta

j] Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation

k] Mamaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.

l] Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.

Melalui pentadbiran jimat cermat dan bebas rasuah, saya berkeyakinan Kerajaan Pakatan mampu melunaskan komitmen yang diberi. Selama ini, dibawah pentadbiran UMNO dan BN, dana negara tiris dan bocor lalu mengalir ke longkang projek yang tidak mendatangkan manafaat kepada rakyat terbanyak. Sebagai contoh : [ wang negara boleh dijimatkan jika tiada perkara ini ]

a] Projek Menara 100 tingkat

b] kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya bakal menelan RM65 juta untuk kos tambahan dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM 15.8 bilion.

c] PERMATA [Rosmah] projek tanpa hasil signifikan kepada pembangunan negara. Perlaburan yang kabur dan tiada pulangan dalam masa terdekat.

Realitinya, sejumlah RM 28 bilion kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2009. Jika ketirisan wang negara [peruntukan kerajaan] dapat dikawal, RM 28 bilion dan untung Petronas RM 90 bilion sepatutnya mampu untuk meringankan beban rakyat terutama dalam menjamin masa depan pendidikan rakyat.

Bagaimana PTPTN boleh mansuh.

Sebenarnya tidaklah sukar untuk melihat PTPTN ini dimansuhkan. Justeru PTPTN adalah simptom akibat tradisi korporat, komersial dan kapitalisme dalam kampus tempatan sehingga menyebabkan pendidikan tinggi sebagai suatu perjudian sehingga mahasiswa dan keluarga mereka terpaksa bergolok gadai.

Jika Pakatan Rakyat benar - benar mampu mengawal pentadbiran dan dana negara dari pembaziran, rasuah, ketirisan dan penyelewengan ditambah pula keupayaan menjana pertumbuhan ekonomi sihat dan subur, maka kerajaan boleh menyediakan pakej kos pengajian tinggi yang paling minima dan tidak membebankan, malah boleh sampai ke peringkat menyediakan tawaran pendidikan percuma kepada rakyat. Apabila ini boleh dilakukan dan sepatutnya kerajaan boleh melakukannya, maka dengan sendirinya tiada siapa yang akan pergi menjerut leher di pintu masuk PTPTN.

Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi .

Suatu Sorotan .

Kelihatan retorik dan tidak relevan tetapi ia [pendidikan pengajian tinggi percuma] adalah suatu kewajipan asas bagi sesebuah kerajaan adil perlu diberikan kepada rakyat. Negara Libya [era Gaddafi ] pernah mencipta rekod pendidikan percuma dan elaun khas untuk mahasiswa yang berjaya ke menara gading. Libya hanya memutar wang minyak sahaja kepada kebajikan rakyat bukan melalui sumber lain selain polisi kerajaan untuk berjimat.

Belum ada kes atau rujukan negara yang muflis atau mundur kerana pendidikan percuma, sebaliknya pendidikan tinggi adalah modal pembangunan kerajaan bahkan negara akan mudah maju dan makmur jika ramai mahasiswa dapat dihasilkan.

Mahasiswa atau graduan yang kurang atau tiada hutang akan menjadikan mereka lebih fokus untuk memajukan diri, industri dan negara bukan sekadar bekerja over time siang malam untuk memikirkan hutang keliling pinggang. Natijahnya mahasiswa yang gradusi dengan hutang tinggi akan menghasilkan modal insan robot yang bekerj untuk tembolok sendiri.

Negara yang mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi ialah :

Sweden

Norway

Finland

Arab Saudi,

Kuwait

Cuba

Sri Lanka

Selepas yuran kampus dihapuskan, tiada lagi keperluan institusi kewangan atau tabung tertentu untuk memenuhi kehendak kapitalisme menara gading. Jua tidak lagi perlu berhutang dari Along Negara dan Along Negara bolehlah gulung tikarnya.

Contoh pengiraan [Universiti Malaya]

a] 20,000 orang pelajar dengan yuran sebanyak RM3,000 setahun.

b] RM3,000 x 20,000 orang berjumlah RM60 juta.

c] Jumlah IPTA terkini 20 buah :

1. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur,

2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor,

3. Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor,

4. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang,

5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor,

6. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang,

7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), KL,

8. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah,

9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak,

10. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah,

11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak,

12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), N9,

13. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor,

14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu,

15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor,

16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka,

17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis,

18. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu,

19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan,

20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), KL

d] 20 buah x RM 60 juta = RM 1200 juta [RM 1.2 bilion]

Jumlah ini masih mampu ditanggung kerajaan jika pembelian atau bailout syarikat kroni tidak dilakukan secara berleluasa serta wang tiris dikawal sementara wang untung seperti yang dihasilkan oleh Petronas diurus secara telus. Rakyat terbanyak akan mendapat manafaat dari konsep Negara Berkebajikan yang jelas menepati kehendak Allah swt dan melandasi WahyuNya.

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka ( pintu pengurniaan rezeki ) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Surah al A'araaf : 96

Monday, April 9, 2012

Perancangan Kewangan Islam dan Pengurusan Harta Pusaka

Kesedaran terhadap TAKAFUL Insuran secara Islam, atau lebih dikenali sebagai TAKAFUL merupakan suatu alternatif kepada ummat Islam khususnya untuk menyertai insuran samaada insuran hayat ataupun sebagainya.

Takaful tidak terhad kepada Islam sahaja, dalam Islam, ianya terbuka kepada seluruh manusia, samaada Cina, India, Melayu dan sebagainya.

Disebabkan perkhidmatan (produk-produk) yang ditawarkan oleh pengendali takaful di negara ini berlandaskan Syarak, perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka menjadi persaingan kepada insurans yang berbentuk konvensional yang telah lama beroperasi di Malaysia.

Perkhidmatan takaful secara umumnya kurang mendapat sambutan dari masyarakat Islam sendiri kerana kurangnya kesedaran mereka terhadap peranan takaful didalam kehidupan dan ekonomi mereka walaupun perkhidmatan (produk-produk) yang ditawarkan oleh pengendali takaful memang berlandaskan Syarak.

Urusniaga dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengendali takaful lebih mementingkan keadilan, ketelusan dan sikap tolong menolong dikalangan pesertanya didalam perlaksanaannya.

Faktor-faktor lain yang menjadi penyebab kurangnya sambutan dari masyarakat ialah kurangnya pemahaman, kurang lebihan pendapatan dikalangan mereka untuk membuat sesuatu tabungan atau perbelanjaan tambahan, persaingan dan inovatif perkhidmatan (produk) dari pengendali insurans konvensional dan beberapa faktor lain.

Dalam pada itu, satu kajian telah dibuat oleh Universiti Utara Malaysia mengenai kurangnya kesedaran terhadap kepentinggan Takaful.

Objektif utama kajian ialah untuk mendapatkan maklumat mengapa sambutan dari masyarakat Malaysia terutamanya dan masyarakat Islam amnya masih kurang menyertai takaful ataupun tidak memilih takaful bagi keperluan insurans mereka.

Hasil kajian ini mendapati bahawa insurans secara Islam kurang mendapat sambutan dari masyarakat berbanding insurans secara konvensional.

Pengetahuan, persepsi dan keyakinan dari masyarakat terhadap takaful adalah masih ditahap yang rendah walaupun insurans secara Islam ini telah diketahui lebih memberikan manafaat dan pulangan yang setimpal jika dibandingkan dengan insurans konvensional.

Wednesday, January 18, 2012

pernahkah anda terfikir?

SETIAP SESUATU PERKARA ITU SEMESTINYA ADA KEPENTINGANNYA. Begitulah dengan Insurans Islam Ini.

 

1.3.1 Simpanan dan Perlindungan

YANG PENTINGNYA, IANYA SEBAGAI SIMPANAN & PERLINDUNGAN ANDA. 

 

Berapa peratuskah (%) dari gaji anda DISIMPAN untuk persediaan MASA DEPAN anda ?.

Mungkin anda bersetuju dengan saya, adalah sukar untuk menyimpan wang walaupun ke dalam BANK? 

Kita pasti dengan mudah akan mengeluarkannya ??? 

Bila kita berhasrat untuk membeli sesuatu yang kita hajati!! 

Walaupun barangan yang tidak kita perlukan tetapi kerana ianya berharga murah semasa MEGA SALES. 

 

Hanya Takaful Dapat MEMASTIKAN Anda Menyimpan Secara Tetap. 

Kebanyakkan Individu menyimpan di TAKAFUL kerana beberapa sebab :

Untuk simpanan dan persediaan perlindungan pendapatan untuk keluarga sekiranya berlaku kematian.

Untuk pendapatan masa tua.

Untuk pendapatan sekiranya berlaku kecacatan kekal.

Untuk Persediaan wang tunai sekiranya berlaku kecemasan atau ada peluang perniagaan.

 

1.3.2 Pendidikan Anak Anak

MENYERTAI TAKAFUL UNTUK PELAJARAN ANAK ANDA KERANA :-

Apabila mereka meningkat dewasa, kita mengkhendaki satu permulaan yang baik.

Bayaran sumbangan adalah murah bila menyertai mulai sekarang.

Membentuk tabungan yang akan membuat anak anda berdiri diatas kaki sendiri bila sampai umurnya.

Kerana kita juga mengharapkan ayah kita dahulu mengambil polisi untuk kita semasa kita kanak kanak.

TABUNG PELAJARAN

Kita semua sedia maklum yang bayaran YURAN PENGAJIAN semangkin naik setiap tahun. Peratusan semasa bilangan anak anak yang cerdik semangkin meningkat. Anak anda mungkin salah seorang dari mereka. Pelajaran adalah pemberian terbaik untuk anak anak yang boleh diberikan oleh ibubapa. Tentunya anak yang berkerjaya menjadi impian ibu bapa. Persaingan untuk Pekerjaan yang baik pada masa hadapan sangat tinggi antara orang orang yang berpelajaran.

Semua orang akan mencari perkerjaan yang menjamin masa hadapannya, tetapi bagaimana sekiranya anak anda ketinggalan dalam persaingan ini kerana tiada bantuan kewangan semasa hendak melanjutkan pelajaran. Polisi pendidikan tidaklah membebankan sangat tetapi akan menunjukkan HASIL KEJAYAAN dengan perancangan kewangan anda.

 

1.3.3 Penyakit / Bil Hospital

Dalam masyarakat hari ini, Penyakit Jantung, Stroke, Kanser dan kegagalan buah pinggang berfungsi adalah perkara biasa. Dengan keadah perubatan moden semua masalah ini dapat diatasi tetapi , WANG yang banyak diperlukan untuk menampung kos PERUBATAN.

 

Bila seseorang dijangkati penyakit, dia memerlukan rawatan. Dalam proses perawatan ini, dia memerlukan masa yang panjang untuk kembali pulih / sihat dan berkerja seperti sediakala. Bayaran untuk perawatan kebiasannya adalah sangat tinggi yang mana ini akan membabitkan orang yang kita sayang. Mereka akan seboleh bolehnya mencari wang tanpa mengira cara dan jalan asalkan kita boleh kembali sihat. Walaupun terpaksa membuat hutang yang besar yang mana akan mereka bayar kemudian.

 

Apa akan berlaku kiranya kita tidak dilindungi dengan Manafaat Penyakit kritikal ???

Apabila simpanan kita semangkin berkurangan dan kering ???

Kemana kita akan pergi ? Bank atau Saudara Mara ???

Memikirkan Pinjaman Perumahan, Pinjaman Kereta yang perlu dibayar dan lain lain...

Sekiranya anda dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan dan ketika itu anda tiada WANG

Periksa Akaun Simpanan, berapa wang yang ANDA ada ?

SEKIRANYA TIDAK mencukupi ?

Minta pertolongan kedua orang tua kita.

SEKIRANYA MASIH TIDAK mencukupi ?

Minta Bantuan dari abang dan Kakak Kita.

Mereka pun sama macam kita - tak ada ?

Minta Bantuan dari Saudara mara.

Berapa banyak mereka boleh bantu anda.

Minta bantuan rakan rakan.

Bolehkah mereka banyak menolong ?

Akhirnya Minta Bantuan Orang Ramai.

Jabatan Kebajukan.

Sekiranya anda menemui doktor, Kita Dikenakan Bayaran :

Bil - RM16-50.

Sudah tentu kita masih mampu.

Bil - RM500-1000?

Kita boleh mengambil dari wang simpaan kita.

Bil - RM20,000 hingga RM100,000.???

Langkah terakhir adalah meminta bantuan dari orang ramai.

Adakah kita akan mengambil langkah terakhir ini ???

Bil Hospital Adalah Sangat Mahal

Apabila seseorang dimasukkan ke hospital samada kerana sakit atau kemalangan,Anda dikehendaki untuk membayar wang Pendahuluan sebelum mendapat rawatan.

Selepas itu pula, Anda dikehendaki menjelaskan bayaran perubatan dan Bil Hospital Selepas dibenarkan keluar dari hospital.

 

Bil hospital adalah sangat tinggi yang mana Anda boleh membayar dengan :

Kad Kredit.

Hasil Pendapatan Tunai.

Duit Simpaan.

Meminjam.

Memajakkan barang kemas.

Mencagarkan Rumah.

Menjual Kereta.

Kami ada Cara untuk menangani masalah seperti ini.

Hubungi kami dan kami akan tunjukkan caranya.

 

Mulakan Polisi anda sekarang dengan Ketenangan Fikiran Sebelum Terlambat

 

 

1.3.4 Keluarga Anda

Semua KELUARGA perlukan Keperluan Asas 

 

Sekiranya anda tidak mendapat gaji untuk Bulan Ini ATAU Bulan Hadapan ATAU untuk beberapa bulan. Bagaimana anda hendak meneruskan kehidupan.

 

(Fikirkan Isteri dan Anak anak Tanpa ANDA)

 

"Semua perlindungan takaful adalah baik sekiranya anda bersedia MENTAKAFULKAN Pendapatan yang digunakan untuk membayar sumbangan takaful"

 

Tanyakan Pada Diri Anda :-

Apakah yang anda fikirkan sekiranya seorang ayah meninggalkan seorang isteri dengan 3 orang anak yang masih kecil?

Bagaimanakahpula keadaan sekiranya dia tinggal dirumah dan mengharapkan / membiarkan isteri dan anak anaknya untuk menjaganya.

Kemungkinan ianya ANDA, Keluarga ANDA atau KITA???

Permintaan dan Pendapatan Wang Tunai.

 

Sekiranya keluarga anda tinggal di tingkat 2 apartment dan terperangkap dalam kebakaran.

Mereka SUDAH TENTU akan menuruni tangga.

Bagaimana Sekiranya Tangga tersebut juga telah terbakar ?.

Mereka TERPAKSA terjun dan tentunya mempunyai risiko yang tinggi serta akan mendapat kecederaan yang berat.

SAMALAH dengan kehidupan bahagia kita hari ini dengan PENDAPATAN yang diberikan kepada mereka tetapi sekiranya Kehidupan ini terhenti MAKA pendapatan juga terhenti. Tentunya terdapat kejatuhan mendadak dari segi pendapatan.

 

Sekiranya keluarga anda terjun dari tempat yang tinggi, mereka akan tercedera TETAPI sekiranya anda telah meyediakan tangganya. Mereka akan turun dengan tenang tanpa mendapat kecederaan.

 

Rancangkan "sedikit wang" (5% - 10% dari pendapatan anda) untuk kehidupan keluarga dan anak anak kita.

Menyimpan Lebih Sedikit dalam Takaful akan menjadikan hidup akan datang keluarga anda lebih sempurna.

 

 

1.3.5 Pendapatan Semasa Pencen

KEHIDUPAN SENTIASA MEMERLUKAN PERBELAJAAN

Inilah perkara serius yang harus difikirkan bila hari meningkat tua iaitu pendapatan selepas pencen dan juga perlindungan untuk keluarga.

 

Jangkahayat Semangkin Meningkat.

 

Kesihatan hidup sekarang lebih baik kerana keadah perubatan yang baik.

UMUR: 20 - 55 Masa Berkerja - Anda ada 35 tahun Untuk Berkerja.

UMUR: 55 - 75 Masa Tidak Berkerja - Selebihnya 20 tahun lagi untuk meneruskan kehidupan HARI TUA (Ini memerlukan PERBELANJAAN)

Contoh :

 

Sekiranya dalam sebulan anda memerlukan Perbelanjaan RM 1,000.00

 

Setahun anda memerlukan :

RM 12,000 x 20 tahun = RM 240,000.00,

 

Kita masih lagi gagal untuk menyimpan.

 

Adakah anda akan menyimpan mulai esok yang tak pasti dan telahpun membelanjakan apa yang anda simpan semalam.

 

 

1.3.6 Haji / Umrah / Bercuti

 

SUKARNYA UNTUK MENYIMPAN

Bolehkah anda menyimpan secara tetap/terus sekiranya tiada paksaan?.

 

Bagi anda yang mempunyai impian menunaikan Fardu Haji/Umrah/Bercuti, Simpanan bulanan secara tetap akan merealisasikan impian anda ini.

 

Simpanan anda boleh dikeluarkan bila anda memerlukannya.

 

 

1.3.7 Wanita

 

 

WANITA SEPATUTNYA MENGAMBIL PELAN PERLINDUNGAN:-

Lindungi Pendapatan

Wanita yang tinggal dengan keluarga, Sebahagian pendapatannya digunakan untuk perbelanjaan rumah. Kedua orang tua mengharap sumbangan anda setiap bulan.

 

Pendapatan Pencen

Wanita akan berhenti kerja lebih awal untuk menjadi SURIRUMAH sepenuh masa. Mereka juga mempunyi jangkahayat panjang purata 6 tahun lebih dari lelaki jadi KEPERLUAN untuk menjaga diri sendiri adalah tinggi.

 

Pendidikan Untuk Anak Anak .

Menyayangi anak sediri, anak saudara dsb dengan menampung perbelanjaan pembelajaran mereka akan membuat hidup mereka ini lebih bermakna.

 

 

1.3.8 Kecacatan Kekal

SESUATU YANG TIDAK ANDA INGINI 

 

Kebiasaannya kerana 2 sebab iaitu Penyakit dan Kemalangan.

Terdapat penyakit kritikal yang memerlukan perawatan segera. Doktor mungkin akan kata anda perlu menjalani pembedahan dan tinggal di Wad Hospital.

Anda terpaksa tinggal dihospital untuk menjalani rawatan pemulihan mungkin untuk beberapa hari atau beberapa minggu.

Doktor mungkin mengatakan yang anda boleh pulang kerumah dan berehat untuk beberapa bulan atau Setengah tahun atau Setahun atau Lebih.

Sekiranya Syarikat anda berkerja berhenti membayar Gaji Anda ???

Bagaimana anda ingin meneruskan kehidupan Hari Mendatang ???

 

Kami ada Cara untuk menangani apa jua masalah yang anda hadapi.

Hubungi kami dan kami akan tunjukkan caranya.

 

Mulakan Polisi anda sekarang dengan Ketenangan Fikiran Sebelum Terlmbt


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, January 13, 2012

Baucar buku!!!

Rugi kalo tak amek...bernilai rm200 tu...bli ape yg bermanfaat la ye.... ;)


Published with Blogger-droid v2.0.3

Dont lose hope...

Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday, January 4, 2012

Apa hukum pakai baju kaler pink???

Published with Blogger-droid v2.0.2

nice view!!

Best giler naik menara masjid uia...huahua


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, December 12, 2011

Gua Gunung Senyum....destinasi menarik!!

Assalamualaikum..kali ini nk berkongsi tentang Gua Gunung Senyum..ok...pengalaman sy di Gua Gunung Senyum adalah..sy melawati 10 buah gua dan 1 jek xblh nk di lawati..sbb ad gaung and pernah org terjatuh..so tak p...huhu..actually..lebih dri 11 buah di gunung senyum...tapi..masa tak mengizinkan...tak boleh wat ape la...sbb ni under kelas...antara gua2 yg di lawati adalah,Gua Piala,Gua Kelawar,Gua Hidang,Gua Kolam Tujuh,Gua Angin,Gua Terang Bulan,Gua Taman Satu,Gua Taman Dua,Gua Makam Tok Long,Gua Silat dan Gua Danau Impian. Gua yg kami hanya tgk dri jauh adalah Gua Gajah. Laluan gua yg paling mencabar adalah jalan ke gua silat & gua danau impian..melalui jalan sempit..kalo org berbadan besar mmg xkn blh lalu la...huhu..gua kelawar plk sbb gua tu banyak giler kelawar...duk pusing2 ats kepala..subhanallah..best...kalo ad mse...p la kt sne...mmg best...gua terang bulan sbb gua tu sngt2 gelap..then ad lubang utk cahaya matahari masuk..so...oleh sbb lubang tu...cahaya matahari dlm gua tu nmpk mcm cahaya bulan...huhu...tu jek la...nk tahu lebih lanjut kne p sendri..ok..sekian..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, November 26, 2011

Hijrah

Jgn terlambat


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 25, 2011

Khutbah Jumaat hari ini-23/11/2011-

Hye...arini nk share pasal khutbah jumaat...maklum la..nk smbt maal hijrah...ok...tok imam ckp...pd pendapat beliau...utk kte mendekati allah ialah kte mendekatkn dri kte dgn al-quran..insha-allah akan dkt pada allah..sbb al-quran adlah qalamullah..pnh x kte t'pk..dlm setahun...brp byk kte khatam al-quran..kat sini ad tips yg sesuai yg blh kte amalkn bersama...cuba setiap hari..setiap 1 jam kye bc al-quran,isha-allah dlm mse setahun kte blh khatam 12 kali!kalo kte mls sgt..dlm sehari try bc quran dlm mse 20 minit jek dgn lancar..xkn xd 20 minit kot..dlm setahun..kte blh khatam 4 kali..ok la kn?kalo xblh jgk..kne blh jgk la...yg penting..jgn sesekali tnggl al-quran..sbb al-quran umpama kompas utk kte belayar..tanpa kompas...sesat la kte...btol x??huhu...ok..salam perkongsian dan salam maal hijrah...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, November 24, 2011

mendung...

Huh...skang ni kt pantai timur....especially kt kuantan ni...musim hujan aka musim tengkujuh...huhu..rse mcm 24 jam ujan...tergendala perjalanan nk p kelas...maklumla..nek moto...xmampu nk bli keter..huhu..kpd yg ad keter tu...ramah2 la kn mulut anda utk tumpangkn kwn anda p kelas..or somewhere else..jgn la d sbb kn die xmintak..anda wt dek jek..wt xtau..huhu..xkn la minyak nk berkire kot...huhu..lg 1..da tau musim hujan..jgn p men hujan plk...jge kesihatan tu...(peringatan utk dri sendri jgk..huhu)..elok2 blh p kelas...demam x p kelas plk kang..huhu...ok la...that's all...jgn tinggalkn solat,tu yg plng penting...=)


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 18, 2011

Jalan Tutup??

Huh..nk share citer...Rabu yg lepas...me and the geng p Bukit Pelindung..yela..xdpt nk p Bukit Panorama...Bukit Pelindung pn jd la....tp agak kecewa la...jalan yg nk p tgk suasana bndr Kuantan dri ats bukit da ttp..ape la sbb die ttp ekh..adoi..penat2 nek ats...xdpt ape...penat n sia2..tp ad jgk faedahnye...bakau lemak2 jek la...nk tgk keindahan alam xdpt...hopefully...pasni ad la phk2 tertentu yg blh wt tmpt berehat kt puncak bkt pelindung..dpt la tgk bandar Kuantan uh sibuk tu..hhahaha...ok..sekian..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 11, 2011

Cepatnye...

Aish..cepat plk mse berlalu...xsmpt nk men2 ngn bdk2 kt umah...blom puas rse nye...mne tak nye...cuti seminggu terase mcm 1 hari jek...aish...minggu depan plk nk exam...pape pn...perjuangan perlu d teruskan...bumi ini adlah medan perjuangan...nk relax2...bkn kt bumi...kne cri dunia len..kn3?..huhu..ok..kpd yg amek spm tu...bt elok2...manage ur time wisely mse jwb..jgn men tembak jek...huhu...n also to all classmates...isnin ni exam pharmaco...so..do ur best...all the best!!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, November 8, 2011

wa......

Gndu da terubat...huhu


Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, November 7, 2011

Ketupat

Time rye jek ad..huhu...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, October 31, 2011

dugaan lagi....co0l

Huh...exam da nk dekat...byk pulak x baca..sempat pulak update blog..aiyyooo....minggu depan cuti rye haji..yess!!hahaha..xpe..sebnyk mne masalh yg kita hadapi..hadapi la dgn senyuman...bkn kne byr pn kne senyum..bahkan kita sedekah!lg pn...senyum kn sesuatu yg positive..senyum..x perlu kaya apa2..huhu..usaha la semne yg kita mampu..jgn mudah putus asa...jgn kalah..tu jek..teruskn perjuangan..cewwwaaahhh!!..ok la..ckop la post kali ini...biar cket..tp padat...huhu..ok,sekian
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, August 29, 2011

Thursday, August 18, 2011

puteh..o puteh..

^_^

Kumbang di Kaki!!hahah

Mari bergambar!!


Cute!!!..huhuhu...

Posted by Picasa

Tak Pose???!!!

Assalamualaikum wbt,ok...entry kali ini nk citer pasal org tak pose...nak2 pada bulan ramadan yg mulia nie...kawan sy ad citer kt sy, ad antara staff kt sebuah restoran tmpt lme sy keje, most of them xpose!! alangkah terperanjat sy,byk kali sy tnye, btol ke dieorg tak pose...mcm tak percye plk...mkn ayam slumber jek...ape yg dieorg masak, dieorg mkn...kalau haus..minum...aduh2...naseb bek da genti keje kt restoran tu..

Agak2 korng, ad tak cara untuk mengatasi masalah nie...kalo ikotkn hati sy..tangkap jek org tak pose nie...tapi...bagaimana??tak kan nk tnye die kot...kmu pose tak?awk makan td ek?tak kan nk tnye soklan mcm tu...pose pon die tak,apetah lg menipu,..slumber jek..kn3???adoi...ape la nk jadi...pose pon wt remeh temeh....pose ma....termasok dlm rukun islam...ad sorg staff nie, baru nk start pose hari ini!!kte da lme pose da kn??die baru nk start..semoga Allah memberi hidayah kt mereka2 nie...

Benda mcm nie mungkin d sebabkn kurangnye didikan agama kt umah...kte xtau, mcm mne ngn parent mereka plk...pose ke tak...dan mungkin d sebabkan pengaruh rakan...di mana la rasa tanggungjawab mereka ni utk berpuasa..da la setahun sekali pose...ntah jumpe ke tak ramadan yg akan dtg....bayangkan, 11 bulan kte mkn, dan hanya sebulan jek tak makan,tu pon tak boleh ke??aiyoo...cuba fikirkan mcm mne anok pinak mereka setlah berkahwin...

Bersyukur la ngn dri kita yg berpose nie...mungkin d sebabkn korng ad parent yg bek agamanye...kawan yg bek2....dan yg plng penting, atas kesedaran dri sendri sebagai seorg islam...bkn hanya pada nama shj...thnx to Allah sbb petunjuk-Nya..kalo korang berjumpa ngn org2 tak pose nie...tegur la mereka..jgn diam jekk...soh die pose...kalo die tak nak pose...pe lg..report la kt jakim..abes citer...biau die masok penjara...n maybe akan d berikan kaunseling...tu lg bek kalo asyik bg peluang,then die tak pose jgk..

Ha....tp kalo die makan sembunyi2 mcm mne??especially kaum lelaki ni...da la bakal jd khalifah, ketua keluarga...sy ad terfikir penggunaan glucometer, yg fungsinye utk mengetahui paras gula dlm darah...maybe ini boleh MEMBANTU..biasenye...org yg berpose,paras gula dlm darah akan menurun..dan air kencingnye akan jd sedikit dan pekat..maybe blh cek melalui air kencing jgk...maybe para saintis blh setting la...the range org pose nie...kalo org normal paras gula dalam drh dlm 5.5mg/dl to 6.5mg/dl la kot..tp tgk jgk berat seseorg..saiz badan die..sebab kadar metobolisme berbeza...maybe para saintis blh fikir2 la...mcm mne nk setup range tu...tu hanye pndpt..kalo blh pki,pki la..huhu..utk kebaikan bersama...ok..sampai cni jek coretan sy ari ni..c u next time..sekian..~

Teman Sejati di Rumah


Fuh...pandai plk die posing...haha...ok..ni name si chomey ni Puteh..blom skola lg...ckp pn xgeti lg...ni geng kt umah tau...huhu
Posted by Picasa

Friday, August 12, 2011

Suburkan Mahabbah


hai sumer...assalamualaikum wbt, dan selamat pagi...huhuhu...suasana pg2 nie...ayam berkokok ke sini sana, maybe nk kejot org yg tak bngun lg smyg subuh...biase la...after sahur,mesti lentok punye...last2 terlepas waktu subuh...bahaye tu...jgn tdow tau...be a king of yourself, ceeeewaaahhh...

ok, entry pg nie nk citer cket pasal mahabbah sbb sebelum ni ad pergi baktisiswa di Langkawi dan Selancar, Pahang..Baktisiswa Langkawi (Mafateh Mahabbah), Baktisiswa di Selancar (Tautan Mahabbah)...dua2 ad mahabbah...yg sy nak highlight kn kat sini adalah mahabbah...agak2, bagaimana lah caranya untuk menyuburkan mahabbah nie??haa...entry kali ni, sy share ngn anda sumer dengan hasil pembacaan sy bru2 nie...tips nye sng jek...suburkan mahabbah anda dengan 2S + 2 H,apakah 2S dan 2H?2S; solat berjemaah dan salam, 2H; haji dan hadiah.

  • Solat berjemaah
Solat fardhu berjemaah dan solat jumaat di masjid2 mahupun di surau2 sbnrnye mengikat hati2 Muslim yg mengadap kiblat yg sme, mengikut imam yg sme dan sebagainye...Kesannye, perselisihan akan mengecil dan muafakat akan mendominasi..

  • Salam
Ha...ni spesel kte sebagai Muslim, sebarkan salam, even kat org yg kte tak kenal, yang penting die adlh saudara seislam kte...di sinilah kte akan jd mesra dan peramah..

"Memberi makan dan menyebarkan salam sama ada kepada org yg kmu kenali atau tidak kenali ".(Muttafaq 'alaih)

  • Haji
ha...kat sini, tak kire la pelosok mne org Muslim tinggal, pasti dlm hati mereka utk dtg mengunjungi Rumah-Nya,,dekat sini lah mereka berkumpul mengadap Tuhan Yang Esa, memakai pakaian ihram yg sme, melakukan ritual yg sme dan yg plng penting, mengucapkan kalimah yg sme..."Allahumma labbaika"

  • Hadiah
yg ni mmg jarang sekali...hadiah nie kekadang dpt time hari lahir...tp ape slh nye nk eratkn hubungan kte, kte kasi la hadiah...maklum la..tangan yg di atas lebih baik tangan yg di bawah..tangan yg memberi akan membuahkan kasih syg..Rasulullah S.A.W bersabda

"Berilah hadiah dan berkasih sayang lah".


setakat tu la sharing nye di pg yg indah ini...berkaitan dgn menyuburkan mahabbah...sedikit sebnyk boleh la membantu kte mengeratkan silaturrahim sesame kte..jgn lpe kte amalkn...tak gne kalo baca sje, tp tak buat, pesanan utk dri sendri jgk..^_^...sekian~

Thursday, August 11, 2011

update??!!

hai semua...assalamualaikum wbt...huh..lme da tak update blog nie ek...xpe...skang ni nk update la..huhu..nk citer pasal cket la...pasal handphone...2 ari lepas, sy ad la bli handphone...brand etouchmobile...tak dpt nk bli blackberry, touchberry pon jd la...janji ad 'berry' kt belakang tu..hahha..harga sngt2 murh...rm99,qwerty,ad gprs,and yg plng penting dual sim...sje nk bli yg dual sim sbb mudah..tak perlu bwk 2 handphone...wat berat poket seluar jekk, lg pon sy gne 2 sim kad..sesuai la kn utk sy....huhu

1st time bli....charger da masalah...aiyo...xleh nk cas...naseb bek handphone ni charge gne usb kabel..blh la connect ka laptop..esok tu p kedai tukau charger..sng la cket hati kn...then, blk umah, charge la handphone tu...makk aiiii....berjam2(more than 3hrs) da charge, ntah bile la nk fully charge...naseb bek bln pose..sabar2...hehhee

ape2 pon..puas hati la ngn hp tu..siap ad memory card..blh dgr lgu...mcm handphone nokia sy dlu,5320 express music..skang handphone nokia tu ngh travel, ad org len gne,huhu...handphone die rosak...ad la org tu...=p...hahha..pape pon touchberry besh..huhuu...blh menyamar kalo gne handphone tu...nk tau lebih lanjut...bli and discover sendri..hhuhuhu...ok, nk p angkat kain jemuran kt luar...biase la...da besau2 nie..berdikari la cket..kata nk kahwin...ceewaahhh...lg menaip nt, lg mengabung..hahah..ok..c u next time...


assalamualaikum

p/s : Jangan melakukan perkara-perkara yg membatalkan puasa -^_^-

Friday, February 4, 2011

Sikap “TIDAK APA”

    Sikap "tidak apa" selalunya bersarang dalam diri anak-anak hasil daripada cara didikan semasa kecil. Corak didikan yang kasar dan terbiar akan menambahkan parahnya gejala tersebut. Apabila anak-anak berasa dirinya boleh terus hidup dengan bersikap lepas tangan, maka mereka akan berasa tidak perlu untuk lebih teliti dan bersungguh-sungguh. Menjadi teliti dan bersungguh-sungguh tidak membawa apa-apa makna kepada mereka.

    Bagaimana mengatasi masalah ini? Anak-anak hendaklah didenda atau disusahkan sedikit apabila bersikap acuh tak acuh dalam apa jua aktiviti. Kalau mereka terus berdegil, gunakan rotan. Cuma janganlah mencederakan tubuh fizikal mereka. Jangan biasakan anak-anak merajuk. Ibu bapa yang membiarkan anak-anak merajuk hanya akan memuakan mereka dengan sikap gopoh atau kerja sambil lewa. Sekian~

Thursday, February 3, 2011

Melatih Diri Anak-Anak untuk Lebih Teliti

    Ibu bapa hendaklah melatih anak-anak pada peringkat mumaiyiz iaitu ketika berusia tiga hingga empat tahun untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan teliti dan bersungguh-sungguh, misalnya :

  • Didik mereka supaya berjimat-cermat dengan barang permainan mereka.
  • Simpan permainan baik-baik setelah digunakan.
  • Ajar mereka kebersihan diri seperti menggunakan berus gigi dan mandi menggunakan sabun dengan betul.
  • Didik anak-anak supaya memakai pakaian yang bersih dan beralas kaki (kasut atau selipar) apabila keluar dari rumah.


 

Apabila anak-anak berusia 6 tahun, ajarlah mereka dengan disiplin yang lebih terperinci. Mereka mampu untuk mengikutinya. Cuma jangan biarkan mereka bersendirian untuk menyelesaikan permasalahan yang sulit. Didik mereka supaya berfikiran kritis. Kenapa mesti bersih? Kenapa mesti berdisiplin? Dan sebagainya.

    Apabila anak-anak menigkat usia baligh, latih mereka supaya mempunyai daya usah dan inisiatif sendiri seperti berusaha sendiri untuk bangun solat Subuh, berusaha sendiri untuk membersihkan diri dan berusaha sendiri untuk menggarap ilmu pengetahuan. Pun mereka tidak boleh dibiarkan bersendirian. Mesti ada pemantauan yang rapi. Malah ada perkara yang mesti ditunjukkan contoh kepada mereka. Sekian~

Wednesday, February 2, 2011

Halangan tetap ada

Assalamualaikum...huh..lme da x update blog nie...hihihi...biase la...xsmpt nk update blog...bz memanjang...pape pun, time management yg paling penting..=)

Halangan tetap ada, tak kesah la di mana anda berada atau di mana bumi anda pijak. Tapi..tanganila halangan itu dengan rasa sabar...insya-Allah ada hikmahnye....Hari ini kite di timpa kesusahan dan yakinlah, di sebalik kesusahan itu ada kesenangan...bersabar la...

Dengan sabar, usaha, ikhtiar dan doa, pasti kita boleh berjaya..Pastikan anda tidak berputus asa dengan setiap halangan yang anda timpa. Cuba relax+cool, tarik nafas dan fokus kepada matlamat. Jadikan matlamat anda lagi besar daripada masalah atau halangan yang anda timpa. Kebanyakan orang memandang masalah atau halangan sesuatu yang besar, sebab itulah matlamat tidak tercapai. Berfikiran positif, mencuba segala usaha yang ada untuk mencapai matlamat.

Tu jek nk share hari ini..hihihi...Segala apa yang saya ungkapkan ini, boleh dijadikan sebagai satu sesi motivasi untuk diri sy dan juga untuk anda motivasikan diri anda ok?Sekian~

Sunday, November 21, 2010



Kat sini saya ingin berkongsi dengan anda, 1 programme yang sangat HEBAT! untuk anak anda yang masih belajar. Zaman sudah berubah, sudahkah ANAK ANDA bersedia menghadapi persaingan pelajaran? Sudahkan ANDA bersedia menghadapi KEGAWATAN EKONOMI?

Score A Programme menyediakan peluang untuk anak anda menjadi cemerlang di dalam pelajaran dan di samping itu, ibu bapa juga boleh menjadi gemilang di dalam bisnes. Lagi pun, bagus untuk budak-budak ni....daripada main game dalam computer dan tgk tv jek..dan bagus untuk ibu bapa juga sebab, busy mana pun ibu bapa, still dapat pantau pelajaran anak...HEBAT! tak programme nie?

Score A Programme adalah yang pertama di Malaysia dan mahupun di dunia yang mendapat SIJIL SYARIAH COMPLIANT dari segi PRODUK dan PELAN PEMASARAN. Bila ada sijil syariah, takkan was-was nak join...pendapatan halal lagi membawa berkat...

WEBUCATION - THE SUNRISE BUSINESS

"WEBUCATION, the fast growing business opportunity, in Forbes Magazine, tau tak anda magazine ape nie?? dalam magazine nie, memaparkan jutawan-jutawan dunia...Peter Drucker calls webucation "The Next Mega Trend", he states, it will be the next Multi-Billion if not Trillion Dollars Industry. For those of you who don't know Peter Drucker; he is highly respected worldwide management consultant guru and author of over 25 books on business and management.

Mengikut kajian para pakar ekonomi dunia, seperti Peter Drucker, "Webucation" merupakan peluang perniagaan yang paling berpotensi besar untuk masa hadapan, bahkan lebih berpotensi dari Makanan, Kesihatan dan Komunikasi. Perniagaan seperti ini dikategorikan sebagai EKONOMI MATAHARI TERBIT di mana ia mempunyai banyak peluang yang cerah untuk berjaya dalam satu jangka masa yang panjang.

Di Malaysia pula, pada tahun 2010, Kerajaan telah mensasarkan semua sekolah menjadi SEKOLAH BESTARI di mana, pada ketika itu, para pelajar akan belajar melalui laman web dan portal pendidikan seperti Score A Programme.

Potensi Pasaran

  1. Leverage - "Work Smart - Explosive Income"
  2. Permintaan yang tinggi
  3. Kadar penolakan yang rendah
  4. Anti kemelesetan ekonomi (Pendidikan adalah keperluan asas)
  5. Pasaran sedia ada-5 juta pelajar
  6. Pasaran sentiasa berkembang -500000 pelajar baru tahun 1 setiap tahun
  7. Tiada saingan-99% syarikat MLM bukan produk pendidikan
  8. Kesetiaan Pengguna
  9. Pendapatan Royalti- 9 tahun
  10. Webucation- Kemuncaknya pada tahun 2010-100% sekolah bestari
Dengan menyertainya sekarang, kita berada di antara kelompok terawal mengambil peluang seperti ini, baik dari segi meningkatkan pencapaian pelajaran mahupun dari segi menambahkan pendapatan.

Score A Programme telah mendapat pengiktirafan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein dan PIBG Nasional.


Sekarang keputusan di tangan anda semua...adakah anda ingin menjadi seorang insan yang menyesal seperti di dalam video di atas??Renung-renungkan lah...

Sunday, October 31, 2010

Adamaya


Semenjak kau hadir dalam hidupku

Tiada lagi keresahan

Kau mengetuk pintu hatiku

Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa

Kau yang ilhamkan bahagia

Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna

Tika bahagia mula menjelma

Bila keyakinan datang merasa

Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu

Merindui dirimu

Memiliki dirimu

Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa

Kau yang ilhamkan bahagia

Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta

Hingga aku rasa indah

Monday, October 25, 2010

Kita dan IBU

  • Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah menangis sepanjang masa.
  • Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain, kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.
  • Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan di lantai.
  • Ketika berusia 4 tahun ibu membelikan pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan mencontengkan dinding.
  • Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek di dalam lopak air kotor.
  • Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit tak nak!tak nak!
  • Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola. Cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.
  • Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan ais krim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
  • Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng sekolah.
  • Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari untuk menemankan kita ke mana saja. Kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
  • Setelah berusia 11 tahun, ibu membawa kita menonton wayang. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan duduk di barisan berlainan bersama kawan-kawan.
  • Menjelang usia 13 tahun, ibu menyuruh pakai pakaian yang menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai dengan zaman sekarang.
  • Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.
  • Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
  • Setelah berusia 16 tahun, ibu mengajar memandu kereta. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan melanggar tembok.
  • Apabila berusia 17 tahun, ketika ibu sedang menunggu panggilan penting, kita bergayut sepanjang malam.
  • Menjelang usia 18 tahu, ibu menangis gembira apabila mendapati kita diterima masuk ke IPTA. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersukaria bersama kawan-kawan.


 


 


 

  • Menjelang usia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke bilik asrama. Kita hanya ucapakan terima kasih dan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.
  • Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata "……………….. itu bukan urusan ibu."
  • Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberi pandangan mengenai kerjaya, kita kata "saya tidak mahu jadi seperti ibu."
  • Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk bilik bujang, di belakang kita katakan pada kawan-kawan…… "Perabot pilihan ibu tak cantik" tak berkenan akuuuuuuuu…….."!
  • Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu bakal menantunya dan banyak bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut, "ibu……tolonglah!"
  • Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan untuk majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.
  • Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung. Kita berkata. "kami sibuk, tak ada masa nak datang."
  • Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita beritahu mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.
  • Dan kemudian, suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal ! Khabar itu bagaikan petir ! Dalam keadaan berlinangan air mata, barulah kita sedar segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.
  • Jika ibu kita masih ada, sayangilah dia. Jika dia telah meninggal ingatlah kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada "SEORANG IBU."
  • TERIMA KASIH IBU…SEGALA JASAMU TIDAK TERBALAS OLEH KAMI! KAMI SEDAR BAHAWA SYURGA ITU DI TAPAK KAKI IBU…

Labels