Thursday, April 1, 2010

Diam

Salam...(n_n)/

Today, I don't want to have my lunch, because I am alone,huhuhu..xmau makan sowg2...
What I want is, to convey some messages or stories to you all...jadikn renungan..huhuhu
Let's read it...


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat, bicara yang menyakitkan hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah S.W.T.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia. Antara hikmah diam ialah :-

  • Sebagai ibadah tanpa bersusah-payah
  • Perhiasan tanpa berhias
  • Kehebatan tanpa kerajaan
  • Benteng tanpa pagar
  • Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
  • Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
  • Menutupi segala aib

Antara Hadis-hadis mengenai kelebihan diam..

  • "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)
  • "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • "Barangsiapa diam, maka dia terlepas dari bahaya" (Riwayat At-Tarmizi)

Madah dari Hukama :

  • Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu adlah buah fikiran, orang cerdik yang pendiam adalah lebih baik daripada orang bodoh yang banyak cakap.
  • Menasihati orang yang bersalah, tidak salah, yang salah..memikirkan kesalahan orang lain..
  • Kalau orang menghina kita, bukan kita yang terhina, yang sebenarnya, orang itu menghina dirinya sendiri

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia...

Wallahua'lam...=)

2 comments:

Labels