Thursday, February 3, 2011

Melatih Diri Anak-Anak untuk Lebih Teliti

    Ibu bapa hendaklah melatih anak-anak pada peringkat mumaiyiz iaitu ketika berusia tiga hingga empat tahun untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan teliti dan bersungguh-sungguh, misalnya :

  • Didik mereka supaya berjimat-cermat dengan barang permainan mereka.
  • Simpan permainan baik-baik setelah digunakan.
  • Ajar mereka kebersihan diri seperti menggunakan berus gigi dan mandi menggunakan sabun dengan betul.
  • Didik anak-anak supaya memakai pakaian yang bersih dan beralas kaki (kasut atau selipar) apabila keluar dari rumah.


 

Apabila anak-anak berusia 6 tahun, ajarlah mereka dengan disiplin yang lebih terperinci. Mereka mampu untuk mengikutinya. Cuma jangan biarkan mereka bersendirian untuk menyelesaikan permasalahan yang sulit. Didik mereka supaya berfikiran kritis. Kenapa mesti bersih? Kenapa mesti berdisiplin? Dan sebagainya.

    Apabila anak-anak menigkat usia baligh, latih mereka supaya mempunyai daya usah dan inisiatif sendiri seperti berusaha sendiri untuk bangun solat Subuh, berusaha sendiri untuk membersihkan diri dan berusaha sendiri untuk menggarap ilmu pengetahuan. Pun mereka tidak boleh dibiarkan bersendirian. Mesti ada pemantauan yang rapi. Malah ada perkara yang mesti ditunjukkan contoh kepada mereka. Sekian~

No comments:

Post a Comment

Labels