Friday, February 4, 2011

Sikap “TIDAK APA”

    Sikap "tidak apa" selalunya bersarang dalam diri anak-anak hasil daripada cara didikan semasa kecil. Corak didikan yang kasar dan terbiar akan menambahkan parahnya gejala tersebut. Apabila anak-anak berasa dirinya boleh terus hidup dengan bersikap lepas tangan, maka mereka akan berasa tidak perlu untuk lebih teliti dan bersungguh-sungguh. Menjadi teliti dan bersungguh-sungguh tidak membawa apa-apa makna kepada mereka.

    Bagaimana mengatasi masalah ini? Anak-anak hendaklah didenda atau disusahkan sedikit apabila bersikap acuh tak acuh dalam apa jua aktiviti. Kalau mereka terus berdegil, gunakan rotan. Cuma janganlah mencederakan tubuh fizikal mereka. Jangan biasakan anak-anak merajuk. Ibu bapa yang membiarkan anak-anak merajuk hanya akan memuakan mereka dengan sikap gopoh atau kerja sambil lewa. Sekian~

No comments:

Post a Comment

Labels