Monday, May 12, 2014

Undangan ke majlis perkongsian ilmu perniagaan Takaful oleh Tuan Kamal Idris

Baginda s.a.w pernah bersabda,"9/10 rezeki datang daripada berniaga." Namun begitu, berapa ramai yang "believe" dengan apa yang dikatakan baginda?

Ramai orang mahu berniaga, tetapi tidak tahu bagaimana mahu memulakan perniagaan. Secara asasnya, untuk kita memilih perniagaan apa yang ingin kita ceburi, antara faktor yang perlu di ambil kira ialah 3M. Apa itu 3M?

M yang pertama adalah "marketable". Adakah produk kita mudah dipasarkan? Adakah produk kita ini merupakan keperluan orang ramai? Adakah produk kita ini mampu menyelesaikan masalah orang ramai?

M yang kedua adalah "masa". Berapa banyak masa yang kita perlukan untuk memasarkan produk kita? Adakah perniagaan kita ini menjauhkan diri dengan Pencipta sehingga tiada masa untuk meluangkan kepada-Nya?

M yang terakhir ialah "modal". Berapakah banyak modal yg kita perlukan untuk membuka perniagaan? Adakah anda mempunyai modal yang besar dan cukup? Risiko yang tinggi?

Semua persoalan di atas akan terjawab apabila anda hadir ke majlis perkongsian ilmu perniagaan Takaful oleh Tuan Kamal Idris. Saya begitu pasti sekali, setiap anda yang hadir ke majlis ini akan mendapat pendedahan tentang perniagaan takaful, dan apa peluang yang ada apabila anda menceburi bidang ini. Ingin saya ingatkan, jangan lepaskan peluang ini.
 
Pilihan semua di tangan anda. Hidup ini adalah semua dalam percaturan dan perancangan Allah s.w.t. Tetapi kita jangan lupa, Allah pernah berfirman, "Aku tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri." Tidak salah untuk menjadi kaya, tidak salah juga untuk menjadi miskin. Yang diukur semua adalah ketaqwaan kita kepada-Nya.

Jangan lupa untuk hadirkan diri anda ke taklimat perkongsian ilmu perniagaan takaful seperti yang tertulis di bawah ini.

Percuma untuk 200 peserta. Makanan disediakan.

Tajuk : "Taklimat Perkongsian Perniagaan Takaful"
Masa : 14 Mei 2014, Rabu, 8.00 Malam
Address : KINGSgreen Hotel City Malacca, Centre Melaka, Jalan Tun Perak, 75300 Melaka

Jumpa anda di sana!

Untuk pendaftaran, sila sms <nama><tarikh lahir> ke 0176153014

No comments:

Post a Comment

Labels