Monday, October 25, 2010

Kita dan IBU

  • Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah menangis sepanjang masa.
  • Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain, kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.
  • Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan di lantai.
  • Ketika berusia 4 tahun ibu membelikan pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan mencontengkan dinding.
  • Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek di dalam lopak air kotor.
  • Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit tak nak!tak nak!
  • Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola. Cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.
  • Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan ais krim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
  • Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng sekolah.
  • Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari untuk menemankan kita ke mana saja. Kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
  • Setelah berusia 11 tahun, ibu membawa kita menonton wayang. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan duduk di barisan berlainan bersama kawan-kawan.
  • Menjelang usia 13 tahun, ibu menyuruh pakai pakaian yang menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai dengan zaman sekarang.
  • Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.
  • Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
  • Setelah berusia 16 tahun, ibu mengajar memandu kereta. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan melanggar tembok.
  • Apabila berusia 17 tahun, ketika ibu sedang menunggu panggilan penting, kita bergayut sepanjang malam.
  • Menjelang usia 18 tahu, ibu menangis gembira apabila mendapati kita diterima masuk ke IPTA. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersukaria bersama kawan-kawan.


 


 


 

  • Menjelang usia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke bilik asrama. Kita hanya ucapakan terima kasih dan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.
  • Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata "……………….. itu bukan urusan ibu."
  • Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberi pandangan mengenai kerjaya, kita kata "saya tidak mahu jadi seperti ibu."
  • Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk bilik bujang, di belakang kita katakan pada kawan-kawan…… "Perabot pilihan ibu tak cantik" tak berkenan akuuuuuuuu…….."!
  • Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu bakal menantunya dan banyak bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut, "ibu……tolonglah!"
  • Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan untuk majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.
  • Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung. Kita berkata. "kami sibuk, tak ada masa nak datang."
  • Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita beritahu mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.
  • Dan kemudian, suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal ! Khabar itu bagaikan petir ! Dalam keadaan berlinangan air mata, barulah kita sedar segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.
  • Jika ibu kita masih ada, sayangilah dia. Jika dia telah meninggal ingatlah kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada "SEORANG IBU."
  • TERIMA KASIH IBU…SEGALA JASAMU TIDAK TERBALAS OLEH KAMI! KAMI SEDAR BAHAWA SYURGA ITU DI TAPAK KAKI IBU…

3 comments:

  1. redha org tua, redha ALLAH!!
    CINTA YG SEJATI,HANYA CINTA ILLAHI, CINTA AYAHBONDA, TULUS SUCI SELAMANYA!

    ReplyDelete

Labels