Friday, September 3, 2010

Qiamullail vs Stay up??

Ada di antara kita sibuk menghadapi exam, belajar sampai tak ingat dunia. Maklum la, nak jadi pelajar cemerlang. Pejam celik, sekarang kita sudah berada pada 10 malam terakhir Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu dan lambat- laun Ramadhan akan meninggalkan kita. Pihak-pihak tertentu bertungkus-lumus mem’promote’ poster-poster yang mengandungi aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti ceramah, dan ada pula yang mengadakan satu aktiviti yang di beri nama “Let’s Qiam!”, untuk mengajak kita bangun di malam hari, melakukan ibadat bersama-sama,semata-mata untuk kita mendapatkan malam LailatulQadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Berbaloikah anda jika anda study, punyalah bersusah payah, then, soalan yang keluar, still tidak mampu nak dijawab dengan baik, sedangkan sudah prepare 5 hari awal untuk exam tu? Pihak-pihak tertentu bersetuju, benar sama sekali, sesiapa yang berusaha, pasti dia berjaya. Tetapi, di sebalik usaha kita itu, perlu lah kita sertakan dengan perkara-perkara rohani seperti membaca al-Quran, tidak meninggalkan solat lima waktu, puasa dengan penuh keikhlasan, menghormati lecturer dan banyak lagi.

Apa kata, kita luangkan masa 30 minit bangun pada waktu malam, mulakan dengan solat tahajjud, then solat hajat, selepas tu, baca al- Quran. Selesai melakukan perkara-perkara tersebut, kita teruskan la study kita tu, dengan niat kerana Allah, baru la akan di nilai sebagai ibadah. Susah ke bagi kita untuk spend masa 30 minit jek?? Kalau tengok movie, bukan main lagi, 3 jam pun tak kisah. Mula kan dengan yang simple jek okay? Semoga dengan ibadat yang kita lakukan, menjadi punca kita berjaya di dunia, dan seterusnya di akhirat kelak.

Orang yang menulis ni pun bukan lah hebat sangat, tapi ingin melakukan sekadar apa yang mampu. Hope, dengan cara ini, dapat lah menasihati diri ini, dan juga orang-orang di luar sana, betapa pentingnya mendapatkan malam LailatulQadar. Ramadhan hari ini, belum tentu kita dapat bertemu pada bulan Ramdhan yang akan datang. Renungkan….=)

2 comments:

  1. salam..
    sgt tertarik dgn entry kamu;)
    stay up versus Qiyam..hee
    Alhamdulillah..
    Muga dipertingkatkan keimanan;)

    ReplyDelete
  2. thank u...semoga sebar2kn la bnd yg bek ye..

    ReplyDelete

Labels