Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran

Hari Lebaran sudah pun mula terasa, dentuman bunyi mercun di sana sini. Laungan takbir di malam hari dari rumah ke rumah. Adik-adik sibuk memperagakan pakaian baru mereka. Ada juga yang sedang bermain-main bunga api semata-mata untuk melepaskan kegembiraan yang tak terhingga. Maklum la, budak-budak apa tahu, yang dia tahu hari raya jek. Agak-agak la kan,dieorang mesti tengah plan nk raya nanti. Target dieorang tak lain tak bukan rumah dua tingkat, kereta mercedez ke…BMW ke…ishk2…macam tu la perangai saya waktu kecik-kecik. Maklumlah, nak kumpul duit raya, then nk bli mainan…huhuhu..Itu suasana budak kecik..


Sekarang…..

Kita semua sudah besar..tidak lagi kecil seperti dahulu..Segan nk mintak duit raya dengan orang..Tapi ada jugak segelintir dari kita suka mintak duit raya…heee…ishk3…So, pada bulan syawal nie, tanya lah pada diri kita, adakah kita tergolong dalam golongan orang-orang berjaya setelah berlalunya Ramadhan? Jika ya, panjatkan lah kesyukuran kepada Illahi kerana dengan izinnya kita berjaya mengharungi bulan Ramadhan ini. Pada orang yang berjaya, adakah anda benar-benar berjaya pada bulan Ramadhan dan akan berjaya pada bulan-bulan seterusnya? Jika tidak, tanamkan azam pada diri kita supaya Allah berikan kita kekuatan untuk tempuhi cabaran dan onak duri pada bulan-bulan yang lain dan jika kita mempunyai umur yang panjang, berjumpalah kita ngn Ramadhan sekali lagi.

Jika kita merasakan diri kita still merasa kekurangan, even bulan Ramdhan telah berlalu, tanamkan sebetul-betul azam dalam diri kita supaya kita dapat berubah dan jangan lupa untuk berdoa, memohon keampunan dari Allah serta megharapkan pertolongan dari-Nya. Kejayaan itu adalah hak milik semua orang. Dalam hidup ini tidak akan ada orang yang gagal jika semua berusaha, tidak kira sama ada dalam akademik atau pun bukan akademik. Kejayaan adalah untuk orang yang sanggup BERUBAH! Berubah lah anda kepada yang lebih baik dan juga usaha lebih untuk tingkatkan prestasi ok??!!!~SALAM LEBARAN~

No comments:

Post a Comment

Labels