Saturday, September 11, 2010

Raya ke-2 kat Kebun Getah

Ha…hari ini pergi raya kat kebun getah..nk buat apa kat sane kan?bukan ada pape pon…ha…ini lah masalahnye….time raye, ada jek orang nak buat masalah atau nak cari masalah. Apakah mereka nie tiada otak? Ke….xd akal yang waras…

Hari mulia, bulan mulia, ada jugak orang yang tak geti bersyukur. Pergi kebun orang curi getah…bukan curi jek…sanggup tolong pekebun potong getah then bila getah da beku di sebelah petang or esok, konfem die jual getah, dan untung akan dapat kt die tanpa pengetahuan tuan punya getah..ishk3…..teruk3…ape la nak jadi ngn dieorang kan…dah dikurniakan akal, tapi tidak menggunakan waras, dikurniakan tangan, tapi di gunakan untuk mengambil hak orang, dikurniakan tenaga untuk melakukan sesuatu..tapi menggunakan tenaga tersebut kearah maksiat…sedar lah diri tu wahai pencuri…dah la segala yang ada kt dunia, bahkan nyawa kita pun kita meminjam, so buat la cara peminjam….huh

Lagipun, kalo kesempitan, mengadulah kat pihak-pihak tertentu, Insya-Allah dieorang akan membantu, even tak dapat banyak, sikit pun jadi la kan…yang penting bersyukur, Insya-Allah, Allah akan tambahkan nikmat yang kita tak sangka-sangka. Di samping itu, berusaha la, janganla asyik meminta-minta sahaja.

Abu Said al-Khudri r.a menerangkan bahawasanya segolongan sahabat dari segolongan Ansar meminta pemberian dari Rasulullah s.a.w, lalu baginda s.a.w memberikannya kepada mereka itu. Kemudian mereka meminta lagi kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda memberikannya pula sehingga habis yang ada padanya. Maka bersabdalah Nabi s.a.w

“Harta yang ada padaku tidaklah sekali-kali aku menyimpannya untuk orang yang lain daripadamu. Sesiapa yang memelihra diri dari meminta-minta, nescaya Allah memeliharanya daripada yang haram. Dan sesiapa yang memohon kepada allah, nescaya Allah memberikan kecukupan kepadanya. Dan sesiapa bersabar menahan penderitaan, nescaya Allah memberikan kepadanya kesabaran. Dan tidak diberikan kepada seseorang sesuatu pemberian yang lebih baik dan luas daripada kesabaran”

(al-Bukhari & Muslim)

Berdasarkan riwayat di atas, marilah sama-sama kita renungkan, yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datang dari diri penulis ini sendiri, menunjukkan betapa lemah nye si penulis ini..Salam Lebaran=)

No comments:

Post a Comment

Labels